Judul : DARI AWAL PAS SYAKI AHMAD AWANG ADA MASALAH MENTAL
link : DARI AWAL PAS SYAKI AHMAD AWANG ADA MASALAH MENTAL
DARI AWAL PAS SYAKI AHMAD AWANG ADA MASALAH MENTAL
ALASAN AHMAD AWANG TINGGALKAN PAS TAK MASUK AKAL,
MELAINKAN DIA ADA MASALAH MENTALLETAL JADI CALON KALAH,
REBUT JAWATANPUN KALAH,
APA YANG DIA BOLEH ?
SEMUANYA DIA TAK LAYAK DAN TAK BOLEH
KETIKA SEMUA ORANG AGAK SENYAP
DIA PULAK BISING DENGAN PAKTA DUSTA
BILA NANTI ORANG SERANG DIA
NANTI NANGIS PULAK,
-Pak Karamu-
Pas minta Amanah jaga parti sendiri
Laporan Sinar Harian, semalam.
SHAH ALAM - Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang dinasihatkan agar beri tumpuan kepada parti sendiri dan tidak menjaga tepi kain parti orang lain.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, banyak isu yang sepatutnya diselesaikan oleh parti itu daripada mencampuri hal orang lain.
Beliau berkata, Ahmad juga tidak boleh memaksa orang lain untuk bersetuju atau menerima pandangannya.
“Sila jaga parti anda yang dilihat tidak tahu mana satu arah tujuan perjuangan. Saya rasa Ahmad ada masalah konflik dalaman sebab dia paksa orang lain terima pandangan dia,” katanya.
Khairuddin berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Ahmad mengenai punca beliau mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan presiden pada Muktamar Pas ke-61.
Menurut Ahmad, antara sebab beliau bertindak sedemikian ialah desakan daripada ahli akar umbi dan mendakwa tidak ada ruang untuk menyatakan pendapatnya.
Khairuddin turut membidas kenyataan Ahmad itu kerana Pas adalah sebuah parti yang sentiasa terbuka menerima pandangan ahli demi untuk kebaikan semua pihak.
"Jangan sebab pandangan ditolak, terus kita anggap tidak ada demokrasi dalam parti dan terus tubuhkan parti baharu.
"Harus diingat dalam melontarkan pandangan, ada yang diterima dan ditolak, itu demokrasi dalam parti ini,” katanya.
Sebab itu dalam muktamar sekalipun, katanya, sebarang keputusan yang dibuat itu adalah berdasarkan majoriti walaupun ada segelintir berlainan pendapat.
“Jangan sebab orang tak terima pandangan, kita terus label orang dengan pelbagai panggilan,” katanya.
Demikianlah Artikel DARI AWAL PAS SYAKI AHMAD AWANG ADA MASALAH MENTAL
Sekianlah artikel DARI AWAL PAS SYAKI AHMAD AWANG ADA MASALAH MENTAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DARI AWAL PAS SYAKI AHMAD AWANG ADA MASALAH MENTAL dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/06/dari-awal-pas-syaki-ahmad-awang-ada.html