Judul : AYAT AL-QURAN TIBA-TIBA GHAIB 1 SYAWAL
link : AYAT AL-QURAN TIBA-TIBA GHAIB 1 SYAWAL
AYAT AL-QURAN TIBA-TIBA GHAIB 1 SYAWAL
Misteri kehilangan lapan muka surat ayat suci daripada sebuah Al-Quran di Kampung Parit Ismail, Parit Yaa’ni, Batu Pahat, Johor pada Ahad lalu mula menjadi tular di seluruh negara.
Harian Metro melaporkan, kehilangan lapan muka surat membabitkan empat surah dalam al-Quran berkenaan disedari Pegawai Penerbitan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Abdul Latif Juffri ketika pulang beraya di rumah keluarganya.
Menurutnya, kejadian tersebut disedari ketika dia bersama-sama dengan 13 adik beradik yang lain mahu mengadakan acara marhaban dan tahlil pada 1 Syawal itu.
“Kebetulan saya masih ingat potongan ayat pendinding terkandung dalam surah Yasin diajar guru, sebelum abang, Abd. Manaf Juffri, 54, yang juga Guru Besar Sekolah Agama Seri Bengkal mendapatkan al-Quran untuk dijadikan rujukan.
“Bagaimanapun, ketika diselak helaian al-Quran itu didapati dua muka surat tidak bertulisan dan kosong, sebelum kejadian sama berlaku pada enam muka surat bagi tiga surah berlainan,” katanya.
Abdul Latif, 52, yang berkhidmat di bahagian penerbitan sejak 1993 mengakui sudah beberapa kali melihat kejadian seperti itu, bahkan pengalaman itu adalah kali kedua dilalui abangnya.
Menurutnya, sebelum ini enam pelajar tahfiz telah menurunkan tanda tangan mereka sebagai bukti Al-Quran ini dikhatamkan sebelum dibeli semula oleh abangnya.
Jelasnya, Al-Quran yang sama sering dibawa anak murid di sekolah abangnya dan mereka juga khatam dengan kitab suci itu.
“Namun ketika itu tidak berlaku kehilangan kandungan muka surat dalam naskah kitab suci berkenaan hingalah disedari pada Syawal lalu.
“Bila berlaku seperti ini, biasanya ramai mengatakan ia tersilap cetak tetapi apa yang berlaku sebaliknya kerana ia ktaham beberapa kali,” katanya.
Abdul Latif berkata, isu kehilangan lapan muka surat Al-Quran ini memberi petunjuk kepada manusia bahawa semakin hampirnya akhir zaman.
“Ini isyarat dunia semakin tua dan petunjuk Allah SWT berada di mana-mana,” katanya.
Demikianlah Artikel AYAT AL-QURAN TIBA-TIBA GHAIB 1 SYAWAL
Sekianlah artikel AYAT AL-QURAN TIBA-TIBA GHAIB 1 SYAWAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AYAT AL-QURAN TIBA-TIBA GHAIB 1 SYAWAL dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/06/ayat-al-quran-tiba-tiba-ghaib-1-syawal.html