80 OKU PENGLIHATAN BERPELUANG BELAJAR MENGAJI

80 OKU PENGLIHATAN BERPELUANG BELAJAR MENGAJI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 80 OKU PENGLIHATAN BERPELUANG BELAJAR MENGAJI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 80 OKU PENGLIHATAN BERPELUANG BELAJAR MENGAJI
link : 80 OKU PENGLIHATAN BERPELUANG BELAJAR MENGAJI

Baca juga


80 OKU PENGLIHATAN BERPELUANG BELAJAR MENGAJI


80 OKU penglihatan berpeluang belajar mengaji


Pelancaran Rumah Ngaji di Pondok Ar-Raudhah, Jempol bukan saja dihadiri orang biasa, malah turut disertai golongan cacat penglihatan.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ar- Raudhah Jempol, Prof Madya Mohammad Nor Othman berkata, ia bertepatan dengan salah satu fungsi pondok ini sebagai pusat pengajian Islam, OKU Blind daerah Jempol yang dilancarkan 23 April lalu.

“Setakat ini dalam daerah Jempol sahaja, kita ada 80 individu beragama Islam OKU Blind yang mempelajari al-Quran di sini. Kita sudah kumpulkan mereka yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

“Insya-ALLAH rogram ini akan berlangsung selepas sambutan Aidilfitri nanti. Kita mengesan individu ini hasil bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Tuanku Muhriz (kiri) mendengar penjelasan berhubung penerbitan senaskhah al-Quran yang diberikan.


“Tenaga pengajarnya juga merupakan imam pondok, Alhafiz Muhammad Nadzri Salleh yang juga merupakan seorang OKU Blind,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menghargai kerjasama diberikan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains), JKM dan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis).

“Kita juga mengalu-alukan masyarakat sekitar untuk bersama belajar al-Quran dan pengajian Islam di pondok ini. Sesi pembelajarannya sudah bermula sejak awal tahun lalu.


“Setakat ini kita ada membuka kelas berkenaan untuk golongan dewasa yang diadakan pada Sabtu dan Ahad,” katanya pada majlis pelancaran Rumah Ngaji di Pondok Ar-Raudhah, Jempol, petang kelmarin.

Majlis pelancaran disempurnakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku
 Munawir.


Tuanku Muhriz (duduk) menandatangani plak selepas selesai pelancaran Rumah Ngaji di Pondok Ar-Raudhah.


Turut serta, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta dua anakanda baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-Abidin.

Rumah Ngaji adalah satu usaha dimulakan Yayasan WUI bertujuan menyediakan lokasi untuk orang ramai agar dapat membaca, memahami, mempelajari seterusnya mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian bermula peringkat asas hingga hukum tajwid.

Turut hadir pada majlis itu, Pemegang Amanah Yayasan WUI, Ahmad Yani Abd Manaf dan Pengurus Tugas-tugas Khas Karangkraf, Hashim Anang.

Selesai majlis pelancaran, Tuanku Muhriz bersama Tuanku Aishah Rohani, Tunku Ali dan Tunku Zain bersama-sama berbuka puasa bersama rakyat Jempol di Surau Tuanku Besar Muhriz, Kampung Kuala Jempol.




Demikianlah Artikel 80 OKU PENGLIHATAN BERPELUANG BELAJAR MENGAJI

Sekianlah artikel 80 OKU PENGLIHATAN BERPELUANG BELAJAR MENGAJI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 80 OKU PENGLIHATAN BERPELUANG BELAJAR MENGAJI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/06/80-oku-penglihatan-berpeluang-belajar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :