2 BERADIK YATIM PIATU BERAYA DI HOSPITAL PULAU PINANG

2 BERADIK YATIM PIATU BERAYA DI HOSPITAL PULAU PINANG - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2 BERADIK YATIM PIATU BERAYA DI HOSPITAL PULAU PINANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2 BERADIK YATIM PIATU BERAYA DI HOSPITAL PULAU PINANG
link : 2 BERADIK YATIM PIATU BERAYA DI HOSPITAL PULAU PINANG

Baca juga


2 BERADIK YATIM PIATU BERAYA DI HOSPITAL PULAU PINANG





Grorgetown – Sambutan Aidilfitri kali ini sudah hilang serinya bagi dua beradik Khairiyah Alissya Khosim, 10 dan Khaira Amni, 18 bulan yang kehilangan ibu bapa dalam nahas jalan raya di Km 155, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Bakap pada 28 April lalu.

Lebih mengharukan mereka juga terpaksa beraya di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana masih menerima rawatan akibat kecederaan yang dialami dalam nahas itu.

Khairiyah Alissya mengalami patah kedua-dua belah kaki serta melecur teruk dan akan menjalani pembedahan ketujuh Jumaat ini, manakala adiknya yang baru sahaja belajar berjalan kehilangan semua jari kaki kanan yang terpaksa dipotong selepas mengalami gangren selain melecur pada kulit betis.

Khairiyah Alissya, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor berkata dia akan merindui peluang berpakaian sedondon bersama ibu Khairunnisa Ahmad Kamalauddin, 29 dan ayahnya Khosim Ismail, 35, pada setiap kali raya.

“Tahun lepas kami sekeluarga ada dua pasang baju warna sama, tapi tahun ini saya dan adik beraya di hospital dengan nenek, atuk serta ibu dan bapa saudara kerana kaki masih belum sembuh,” katanya kepada pemberita di HPP di sini, hari ini.

Terdahulu dua beradik itu diziarahi Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dan kakitangan pejabat mufti yang menyampaikan hamper serta duit raya kepada mereka.

Sementara itu nenek mereka Ashah Arifin, 53 berkata Khairiyah Alissya sering bertanya tentang nasib dia dan adiknya selepas ini selain selalu menangis kerana teringatkan arwah ibu bapanya.

“Setiap kali dia menangis, saya akan peluk dan tenangkan dia dan dalam masa yang sama memberi kata-kata semangat supaya Khairiyah kuat terutama bagi menjalani rawatan lanjut,” katanya.

Ashah berkata dia juga belum membuat sebarang persiapan menyambut Aidilfitri kerana perlu menjaga dua beradik berkenaan di hospital itu sejak dua bulan lepas dan berharap kedua cucunya dapat dipindahkan ke hospital di Jengka, Pahang kerana dia tinggal di sana.

“Allahyarham Khosim pernah berpesan dengan adiknya, Hanisah, 22, seminggu sebelum kejadian iaitu jika dia tiada nanti jagalah anak-anaknya dengan baik. Saya dan suami (Ismail Cha, 57) akan menjaga mereka berdua hingga akhir hayat kami,”katanya.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan sumbangan boleh melakukannya menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1420541000049167 atas nama Ashah Ariffin atau akaun Maybank Ismail Cha 156208001491.




Demikianlah Artikel 2 BERADIK YATIM PIATU BERAYA DI HOSPITAL PULAU PINANG

Sekianlah artikel 2 BERADIK YATIM PIATU BERAYA DI HOSPITAL PULAU PINANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 2 BERADIK YATIM PIATU BERAYA DI HOSPITAL PULAU PINANG dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/06/2-beradik-yatim-piatu-beraya-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :