Judul : (10 Gambar) Tujuh Maut Termasuk Lima Rentung Dihempap Treler
link : (10 Gambar) Tujuh Maut Termasuk Lima Rentung Dihempap Treler
(10 Gambar) Tujuh Maut Termasuk Lima Rentung Dihempap Treler
Seremban - Tujuh maut termasuk lima rentung dalam kemalangan ngeri melibatkan tiga kenderaan di Ladang Risda Palong, Jempol dekat sini kira-kira 2.20 petang tadi.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata nahas membabitkan sebuah treler, Perodua Myvi dan Proton Exora.
"Mangsa yang disahkan maut adalah dua dari kereta jenis Perodua Myvi dan lima lagi yang rentung ditemukan di dalam Proton Exora," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata, Proton Exora itu terbakar selepas dihempap treler sejurus kemalangan.
"Pada awalnya kita keluarkan dua mayat sahaja yang telah rentung dari Proton Exora itu.
Keadaan kenderaan yang hangus sepenuhnya menyukarkan kami untuk mengenal pasti bilangan sebenar mangsa di dalam kenderaan berkenaan. \
"Selepas pemeriksaan lanjut kita dapat keluarkan tiga lagi mangsa yang rentung dari dalam kereta itu," katanya.
Norazam berkata pemandu treler itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
Maklumat mengenai mereka yang maut masih belum diperolehi serta punca kemalangan juga belum diketahui, katanya.
Demikianlah Artikel (10 Gambar) Tujuh Maut Termasuk Lima Rentung Dihempap Treler
Sekianlah artikel (10 Gambar) Tujuh Maut Termasuk Lima Rentung Dihempap Treler kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (10 Gambar) Tujuh Maut Termasuk Lima Rentung Dihempap Treler dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/06/10-gambar-tujuh-maut-termasuk-lima.html