Judul : UDAH LA TUH. MEMANG TADA FAKTA P.H BOLEH MENANG
link : UDAH LA TUH. MEMANG TADA FAKTA P.H BOLEH MENANG
UDAH LA TUH. MEMANG TADA FAKTA P.H BOLEH MENANG
TUHAN TAK BAGI PAKATAN HARAPAN MENANG SEBAB
MULUT MEREKA JAHAT DISAMPING
TIDAK HORMATI DASAR PAS, LALU MEREKA BERPECAH BELAH.
MEREKA TIDAK BOLEH SOMBONG DAN TIDAK
BOLEH
MENJADI PENGACAU AGAMA YANG DIBAWA
OLEH PAS
JIKA PANDANGAN INI BENAR MAKA KITA
TUNGGU KEPUTUSAN PRU 14
INSYA ALLAH ! YANG BATIL ITU TETAP BATIL
-Pak Karamu-
Tiada fakta Pakatan Harapan menang PRU14
Ahmad Yakob
KOTA BHARU – Tiada fakta dan bukti khusus yang boleh membayangkan Pakatan Harapan berjaya menumbangkan kerajaan sedia ada, kata Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob.
Menurutnya, tiada sebarang ramalan dibuat mengenai perkara itu dan Pas tidak sesekali gentar dengan perkara itu, malah terus optimis dengan kekuatan yang ada.
“Setakat ini tiada lagi ramalan kata pakatan akan menang, ataupun mereka sekuat parti-parti lain,” katanya.
Beliau hadir pada Seminar Ahli Majlis dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Kelantan di sini.
Mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan Umno dan Pas perlu meraikan persamaan yang ada di antara kedua-dua parti itu, beliau berkata, sehingga kini Pas dan Umno tidak mempunyai apa-apa persefahaman dan parti itu masih lagi musuh tradisi Pas.
Menteri Besar itu juga berkata, walaupun Pas meraikan hubungan kerajaan dan kerajaan dengan Umno dan BN, namun Pas masih kukuh bersama blok ketiga yang telah dibina dan bersedia segala kemungkinan pada PRU14 kali ini.
“Sememangnya kita meraikan hubungan (kerajaan dan kerajaan) itu demi kepentingan rakyat, apa pun yang melibatkan hubungan tersebut, kita hormatlah bagi memastikan hak rakyat dapat diperjuangkan, namun dari segi politik, kita masih seperti dulu,” katanya.
Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai tunggakan cukai taksiran berjumlah RM51.12 juta yang gagal dikutip PBT pada tahun lalu, beliau berkata, kerajaan telah pun meminta setiap PBT membuat kajian bagaimana cara supaya tunggakan itu dapat dilangsaikan.
“Kalau ada jawapan nanti, PBT masing-masing boleh buat pendekatan bagaimana untuk kita mendapat semula tunggakan itu. Ini kerana, disebabkan tunggakan inilah kita gagal beri perkhidmatan yang sebaiknya.
“Kena ada kerjasama antara satu sama lain, rakyat bayar cukai, kita bagi perkhidmatan. Saya berpendapat biar ada perbincangan antara pihak PBT masing-masing.
Kita perlu buat kajian, apa puncanya sehingga ada tunggakan begitu besar dan daripada kajian itu boleh dibuat sebarang tindakan,” katanya.
Demikianlah Artikel UDAH LA TUH. MEMANG TADA FAKTA P.H BOLEH MENANG
Sekianlah artikel UDAH LA TUH. MEMANG TADA FAKTA P.H BOLEH MENANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UDAH LA TUH. MEMANG TADA FAKTA P.H BOLEH MENANG dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/udah-la-tuh-memang-tada-fakta-ph-boleh.html