TIDAK SALAH UMNO, PAS NAK KERJASAMA

TIDAK SALAH UMNO, PAS NAK KERJASAMA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TIDAK SALAH UMNO, PAS NAK KERJASAMA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TIDAK SALAH UMNO, PAS NAK KERJASAMA
link : TIDAK SALAH UMNO, PAS NAK KERJASAMA

Baca juga


TIDAK SALAH UMNO, PAS NAK KERJASAMA

 Tengku Razaleigh Hamzah



GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah membayangkan tiada salah sekiranya kerjasama antara Umno dan Pas diwujudkan untuk mendepani pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, melihat kepada kecenderungan pemimpin kedua-dua parti, menerusi ucapan dan ulasan mereka, ia mirip kepada kerjasama terutamanya dalam hal berkaitan agama.

"Atas dasar kerajaan, ada sesetengah perkara disokong Pas. Jadi, apa salahnya kalau diwujudkan kerjasama di medan politik seperti PRU sekiranya ia tidak merugikan kedua-dua pihak.

"Tetapi, sama ada orang bawahan boleh terima atau tidak. Itu juga bergantung kepada pembahagian kerusi dan calon. Ini semua perlu diteliti oleh peringkat atas," katanya lagi.

Bagaimanapun, tambah Tengku Razaleigh, walaupun beliau tiada masalah dalam kerjasama itu, namun di peringkat bahagian (Gua Musang), tidak menyokong.

"Nak kata sokong, bahagian tidak menyokong. Namun, tak ada salah kalau bekerjasama termasuk dengan parti lain sekalipun, tiada beza untuk pilihan raya andai ia memberi manafaat kepada parti kita.

"Di Gua Musang misalnya, sekiranya ada kerjasama yang membawa kepada tiada pertandingan, ia tidak memberi faedah kepada pihak yang terlibat. Dari sudut lain, banyak lagi kena kaji," katanya lagi.

Terdahulu, Bersatu yakin Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno untuk berdepan dengan Pakatan Harapan dalam PRU14 walaupun parti Islam itu sudah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerjasama Pas dengan Umno akan membawa kepada pembahagian kerusi pilihan raya antara dua parti terbabit dan perkara itu tidak diyakini boleh berlaku.






Demikianlah Artikel TIDAK SALAH UMNO, PAS NAK KERJASAMA

Sekianlah artikel TIDAK SALAH UMNO, PAS NAK KERJASAMA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TIDAK SALAH UMNO, PAS NAK KERJASAMA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/tidak-salah-umno-pas-nak-kerjasama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :