Judul : Tiada perselisihan dalam Pakatan Harapan
link : Tiada perselisihan dalam Pakatan Harapan
Tiada perselisihan dalam Pakatan Harapan
Sinar Harian6 Mei 2017
SHAH ALAM - Amanah menafikan dakwaan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa gabungan parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan berdepan krisis atau perselisihan.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, sebaliknya gabungan itu yang terdiri daripada Amanah, Bersatu, PKR dan DAP semakin kukuh hari demi hari.
“Malah, dalam masa beberapa hari lagi, kami akan mendaftarkan logo Pakatan Harapan di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Jadi, ini bukti tidak berlaku sebarang krisis terhadap kami,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Beliau turut menafikan dakwaan Najib yang mengatakan berlaku krisis politik di Selangor, sambil menyatakan fakta diberikan oleh Perdana Menteri itu rapuh kerana berdasarkan khabar angin sahaja.
“Orang lain pun boleh beri pandangan berdasarkan khabar angin. Kita juga boleh mengatakan khabar angin yang berlaku dalam Umno sendiri, yang mana berlakunya pergeseran antara Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Jadi saya rasa, Perdana Menteri harus meneliti semula khabar angin tersebut. Takut-takut, khabar angin yang dikatakan itu terkena pada partinya sendiri,” katanya.
Semalam, tiga Adun PKR Selangor menafikan khabar angin bahawa mereka akan meninggalkan parti berkenaan dan akan menyertai sama ada Umno atau Pas dalam masa terdekat.
Mereka menyatakan khabar angin itu adalah berita fitnah yang diadakan dan sebuah propaganda politik murahan.
Demikianlah Artikel Tiada perselisihan dalam Pakatan Harapan
Sekianlah artikel Tiada perselisihan dalam Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiada perselisihan dalam Pakatan Harapan dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/tiada-perselisihan-dalam-pakatan-harapan.html