SPR tipu, kata PKR selepas langkah tidak edar rang daftar pengundi

SPR tipu, kata PKR selepas langkah tidak edar rang daftar pengundi - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR tipu, kata PKR selepas langkah tidak edar rang daftar pengundi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR tipu, kata PKR selepas langkah tidak edar rang daftar pengundi
link : SPR tipu, kata PKR selepas langkah tidak edar rang daftar pengundi

Baca juga


SPR tipu, kata PKR selepas langkah tidak edar rang daftar pengundi

FMT | May 3, 2017
Langkah SPR tidak menunjukkan rang daftar pemilih tambahan kepada parti politik membuka ruang kepada penipuan pada pilihan raya, kata Nurul Izzah Anwar.
VIDEO INSIDE
nurul-izzah_spr_600
PETALING JAYA: PKR hari ini membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak lagi mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku tahun kepada parti politik, menyifatkannya penipuan dan manipulasi badan itu bagi memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, dengan menghadkan akses kepada RDPT, ia membuka ruang kepada penipuan tanpa kerelaan pengundi pada pilihan raya akan datang.

“RDPT mengandungi senarai pemilih terkini diedarkan SPR kepada semua parti politik setiap suku tahun.
“Ia memudahkan parti-parti politik untuk menyemak senarai pemilih,” Nurul Izzah memberitahu sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Menurutnya, langkah SPR itu akan meningkatkan keraguan rakyat terhadap kebebasan badan itu dalam menjalankan proses demokrasi di negara ini.

“Pada bulan Ramadan tahun lepas, kami mendedahkan bahawa seramai 118,775 pengundi sudah dipindahkan kawasan DUN mereka. Lebih 40,000 melibatkan pemindahan kawasan Parlimen.
“Tetapi, alamat mereka tidak berubah. Hal ini berlaku akibat apa yang disifatkan SPR sebagai ‘pembetulan’ lokaliti yang dijalankan badan yang sepatutnya ‘bebas’ dan ‘adil’ itu baru-baru ini,” kata Nurul Izzah.

Minggu lalu, Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh mengesahkan mengeluarkan arahan kepada semua pengarah pilihan raya negeri untuk tidak mengedar lagi RDPT semasa Pameran RDPT dijalankan.
Sebelum ini, SPR mengedarkan RDPT kepada parti politik bagi memaklumkan urusan semakan sedang dijalankan.

“Bagaimanapun, Mesyuarat SPR Kali Ke-773 pada 28 Mac lalu telah memutuskan agar RDPT (buku dan cakera padat) tidak lagi diedarkan kepada parti-parti politik mulai Pameran RDPT Suku Tahun Pertama Tahun 2017,” katanya.


Demikianlah Artikel SPR tipu, kata PKR selepas langkah tidak edar rang daftar pengundi

Sekianlah artikel SPR tipu, kata PKR selepas langkah tidak edar rang daftar pengundi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR tipu, kata PKR selepas langkah tidak edar rang daftar pengundi dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/spr-tipu-kata-pkr-selepas-langkah-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :