Siapa Punya Kerja Ni!

Siapa Punya Kerja Ni! - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa Punya Kerja Ni!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siapa Punya Kerja Ni!
link : Siapa Punya Kerja Ni!

Baca juga


Siapa Punya Kerja Ni!

Sandakan - Polis menyiasat perbuatan pihak tertentu yang meletakkan patung diselimuti kain putih seperti 'pocong' di perhentian bas di Bandar Leila, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, tindakan itu mungkin dilakukan bagi menakutkan orang ramai.

"Kita meminta individu yang menyaksikan kejadian menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Sandakan jika mempunyai maklumat lanjut.

"Saya juga meminta penduduk setempat supaya tidak melakukan aktiviti yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam. Perbuatan itu satu tindakan yang tidak bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan penyanyi tempatan, Mohd Rezuwan Batjo, 35, bahawa ada pihak tertentu meletakkan patung diselimuti kain putih di perhentian bas sehingga menakutkan pengguna jalan raya.

Mohd Rezuwan atau nama komersilnya, Rezu Hayr Adinawan berkata, tindakan itu menyebabkan ada ahli keluarganya ketakutan selepas terlihat 'jelmaan pocong' ketika melalui kawasan perhentian bas terbabit, Isnin lalu.

Berikutan tidak puas hati, dia ke lokasi kejadian sebelum mendapati 'pocong' itu adalah guni yang diselimuti kain putih dan diisi dengan kain kanvas di dalamnya.

Dia memuat naik kejadian itu di Facebook sehingga mendapat perhatian ramai pengguna termasuk mereka yang pernah terkejut selepas melihat kain itu di beberapa lokasi di sini.


Demikianlah Artikel Siapa Punya Kerja Ni!

Sekianlah artikel Siapa Punya Kerja Ni! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siapa Punya Kerja Ni! dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/siapa-punya-kerja-ni.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :