Judul : SELESAI SEGERA MASALAH PERPARITAN
link : SELESAI SEGERA MASALAH PERPARITAN
SELESAI SEGERA MASALAH PERPARITAN
Petani di Kampung Lubok Stol, di sini memohon pihak berkenaan segera menyelesaikan masalah perparitan di Parit Saliran Tandak Ling.
Petani, Mat Bastaman, 55, berkata, pelepasan air dari empangan Bukit Kwong ketika musim tengkujuh menyebabkan air melimpah ke kawasan ladang dan kebun.
Katanya, limpahan itu berlaku susulan tiada kerja penyelenggaraan dilakukan sejak tujuh tahun lalu.
Menurutnya, petani berharap pihak berkenaan membersihkan parit sepanjang tiga kilometer.
"Awal tahun ini, pihak berkenaan hanya bersihkan 500 meter di permulaan dan hujung parit.
"Tanpa kerja-kerja pembersihan di kawasan tengah parit menyebabkan masalah limpahan air tak dapat diselesaikan," katanya.
Menurutnya, dia menghantar tiga surat kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar namun sehingga kini belum mendapat sebarang maklum balas.
Sementara itu, Ab Rahman Hamat, 63, berkata, kerja membersihkan wajar dilakukan ketika musim kemarau ini.
Ini kerana katanya, sekiranya kerja-kerja pembersihan dilakukan menjelang hujung tahun, ia menyukarkan kakitangan pembersihan kerana air mula naik disebabkan tengkujuh.
"Jika hujan lebat selama tiga hari sahaja, ladang dan kebun di sini akan dipenuhi air, maka ia akan rosakkan tanaman.
"Dianggarkan 50 petani di sini mengusahakan tanaman getah dan sawit manakala 30 lain ternak lembu, kambing serta ikan,” katanya.
Tambahnya, penduduk juga berharap pihak berkenaan dapat menggali sedalam satu meter bagi memudahkan lagi pergerakan air ke sungai.
Demikianlah Artikel SELESAI SEGERA MASALAH PERPARITAN
Sekianlah artikel SELESAI SEGERA MASALAH PERPARITAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SELESAI SEGERA MASALAH PERPARITAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/selesai-segera-masalah-perparitan.html