Satu kerusi pun AMANAH takkan menang, kata menantu Nik Aziz. Macam Tok Nujum pun

Satu kerusi pun AMANAH takkan menang, kata menantu Nik Aziz. Macam Tok Nujum pun - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Satu kerusi pun AMANAH takkan menang, kata menantu Nik Aziz. Macam Tok Nujum pun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Satu kerusi pun AMANAH takkan menang, kata menantu Nik Aziz. Macam Tok Nujum pun
link : Satu kerusi pun AMANAH takkan menang, kata menantu Nik Aziz. Macam Tok Nujum pun

Baca juga


Satu kerusi pun AMANAH takkan menang, kata menantu Nik Aziz. Macam Tok Nujum pun

Malaysiakini 2/5/17
"Mereka adalah kemuncup. Satu kerusi pun AMANAH takkan menang di Kelantan," tegas salah seorang menantu kepada bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Abdul Ariffahmi Abd Rahman berkata, beliau yakin PAS berkemampuan untuk terus menerajui Kelantan selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya suku ketiga tahun depan.
"PAS mempunyai ‎strategi tersendiri untuk terus kekal memerintah Kelantan," katanya ketika diminta mengulas senario politik di negeri itu dengan kewujudan parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).

Untuk rekod, Ariffahmi pernah mencetuskan kontroversi apabila dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan pada September 2009.

Pelantikan itu mengundang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa membabitkan amalan nepotisme, namun tiada sebarang pendakwaan dibuat terhadap beliau.
Nama Ariffahmi juga disebut-sebut menjadi antara punca hubungan Nik Abdul Aziz dengan beberapa setiausahanya menjadi renggang.

Perkembangan itu kemudian menyaksikan Anual Bakri Haron akhirnya tersingkir daripada jawatannya sebagai setiausaha politik Nik Abdul Aziz.
Anual Bakri kini menyertai AMANAH bersama seorang lagi bekas setiausaha politik Nik Abdul Aziz, Datuk Husam Musa.

Ariffahmi yang kini memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Machang berkata, selain tidak mendapat sokongan rakyat Kelantan, AMANAH juga hanya bergantung kepada sokongan DAP untuk memenangi sebarang kerusi pilihan raya.

"Mereka hanya bergantung kepada DAP, jika diberikan kerusi (DAP) untuk bertanding bolehlah menang di kawasan DAP," katanya sinis.
Selain itu, katanya, PAS sudah memiliki pengalaman lima kali bertanding pilihan raya dengan menghadapi pelbagai serangan dilakukan pihak lawan.
"Alhamdulillah kita yakin dapat menghadapi serangan (ujian) PRU ke-14 dengan baik. Gerak kerja bersepadu dan pertolongan Allah SWT, insya-Allah akan memberi kemenangan kepada kita," katanya.

Beliau ditemui selepas berakhirnya muktamar PAS di Kota Sarang Semut, Alor Setar semalam.



Demikianlah Artikel Satu kerusi pun AMANAH takkan menang, kata menantu Nik Aziz. Macam Tok Nujum pun

Sekianlah artikel Satu kerusi pun AMANAH takkan menang, kata menantu Nik Aziz. Macam Tok Nujum pun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Satu kerusi pun AMANAH takkan menang, kata menantu Nik Aziz. Macam Tok Nujum pun dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/satu-kerusi-pun-amanah-takkan-menang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :