Sarawak Report menghendap, ganggu Rosmah, kata menteri

Sarawak Report menghendap, ganggu Rosmah, kata menteri - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sarawak Report menghendap, ganggu Rosmah, kata menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sarawak Report menghendap, ganggu Rosmah, kata menteri
link : Sarawak Report menghendap, ganggu Rosmah, kata menteri

Baca juga


Sarawak Report menghendap, ganggu Rosmah, kata menteri


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak menuduh laman web Sarawak Report menghendap dan mengganggu Datin Seri Rosmah Mansor - isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam catatan di blog malam tadi Salleh mendakwa laman web itu telah memaparkan "tingkah laku tidak beradab dan sopan” dengan mengganggu Rosmah - yang kini berada di kota London.
"Mereka melemparkan dakwaan fitnah yang tidak lain hanyalah satu pembohongan besar sambil berkata bahawa kebebasan media membolehkan mereka untuk berkata apa sahaja yang mereka suka.
"Kita menjangkakan masyarakat yang kononnya bertamadun di England untuk sekurang-kurangnya menghormati isteri seorang perdana menteri asing, tetapi nampaknya diplomasi hanya dikhaskan untuk jenis mereka sendiri," kata Salleh.
Adalah tidak jelas apa yang sebenarnya berlaku, tetapi catatan di blog itu mempunyai tajuk yang hampir sama dengan sebuah klip video di YouTube yang dimuat naik oleh blogger Raja Petra Kamaruddin bertajuk "Sarawak Report stalks and harasses Rosmah Mansor in London, 8th May 2017".
Video itu memaparkan tiga individu berdiri di luar perkarangan sebuah rumah yang kelihatan seperti di London.
Salah seorang individu berkenaan, seorang lelaki, kedengaran memberitahu orang yang merakam video tersebut bahawa mereka tidak seharusnya datang ke London jika tidak mahu gambar mereka dirakamkan.
"Kamu tidak perlu datang ke sini jika tidak mahu terdedah dengan kewartawanan yang betul, dan tumpuan perhatian dunia adalah mengenai jenayah kewangan terbesar era moden.
"Kamu perlu membayar balik wang itu kepada rakyat Malaysia kerana saya tahu mereka amat memerlukannya," kata lelaki itu.
Adalah tidak diketahui siapa individu-individu berkenaan
Malaysiakini telah menghubungi editor Sarawak ReportClare Rewcastle-Brown dan pembantu Rosmah, Datuk Seri Rizal Mansor untuk mendapatkan ulasan mereka.
Sarawak Report berulang-kali mendakwa bahawa Najib menyalahgunakan dana awam melalui 1MDB untuk kepentingan peribadi - tuduhan yang perdana menteri menafikannya sekeras-keras.
Rosmah tiba di United Kingdom bersama 32 pelajar PERMATA dan enam guru Khamis lalu dan dijadual berada di sana sehingga hari ini.


Demikianlah Artikel Sarawak Report menghendap, ganggu Rosmah, kata menteri

Sekianlah artikel Sarawak Report menghendap, ganggu Rosmah, kata menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sarawak Report menghendap, ganggu Rosmah, kata menteri dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/sarawak-report-menghendap-ganggu-rosmah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :