[RAUB] SEKOLAH AGAMA PILIHAN UTAMA

[RAUB] SEKOLAH AGAMA PILIHAN UTAMA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [RAUB] SEKOLAH AGAMA PILIHAN UTAMA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [RAUB] SEKOLAH AGAMA PILIHAN UTAMA
link : [RAUB] SEKOLAH AGAMA PILIHAN UTAMA

Baca juga


[RAUB] SEKOLAH AGAMA PILIHAN UTAMA


Sekolah agama pilihan utama


Sekolah agama kini bukan lagi sekolah kelas ketiga atau pilihan terakhir, sebaliknya menjadi pilihan utama ibu bapa untuk pendidikan anak-anak mereka.

Exco Koperasi Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri, Dato' Sri Shahiruddin Ab Moin berkata, ramai pelajar sekolah agama mendapat keputusan cemerlang dan berjaya memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Menurutnya, kecemerlangan mereka diperhebat dengan adanya penguasaan dalam Bahasa Arab, sekali gus memberikan kelebihan kepada pelajar-pelajar sekolah aliran itu.

“Ia menjadi faktor ibu bapa kini memilih untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah agama.

“Ini bukan bererti sekolah lain tak baik, tetapi peluang untuk menguasai bahasa ketiga iaitu bahasa Arab serta pendidikan agama yang lebih luas, ada di sekolah ini,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan Hadiah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Agama Dong, di sini semalam.

Pada majlis itu, Shahiruddin meluluskan peruntukan RM10,000 kepada pihak PIBG dan sekolah itu bagi menjalankan aktiviti tahunan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelajar sekolah agama khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar diingatkan supaya tidak menjadikan alasan itu untuk tidak cemerlang dalam peperiksaan.

“Dalam perkara seperti ini, pelajar tidak boleh menganggap mereka insan yang terpinggir, lemah dan tidak layak. Perlu sentiasa ingat tanggungjawab mereka membentuk masa depan sendiri, selain membalas jasa ibu bapa.

“Sebaliknya pelajar sekolah agama juga harus lebih positif dan berusaha lebih supaya kecemerlangan itu mampu diraih setara dengan apa yang diperoleh pelajar-pelajar di bandar.

“Saya yakin pada peperiksaan akan datang, sekolah ini mampu mengekalkan kecemerlangan malah lebih ramai lagi pelajar yang berjaya,” katanya.




Demikianlah Artikel [RAUB] SEKOLAH AGAMA PILIHAN UTAMA

Sekianlah artikel [RAUB] SEKOLAH AGAMA PILIHAN UTAMA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [RAUB] SEKOLAH AGAMA PILIHAN UTAMA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/raub-sekolah-agama-pilihan-utama.html

Subscribe to receive free email updates: