Judul : PKR BOLEH SENYUM TAPI PAS MUNGKIN SEDIKIT SURAM
link : PKR BOLEH SENYUM TAPI PAS MUNGKIN SEDIKIT SURAM
PKR BOLEH SENYUM TAPI PAS MUNGKIN SEDIKIT SURAM
MEMANG ADA YANG MERAYU, WALAUPUN TAK NGAKU
BUAT MASA INI MASIH ADA HUBUNGAN ANTARA PAS&PKR. TAPI DALAM DEADAAN SURAM.
KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMA MUNGKIN
BUAT KEPUTUSAN YANG KURANG TEPAT
NAMUN RAMALAN PAS&PKR MUNGKIN
TAK JADI CERAI, JIKA CERAIPUN LEPAS
PILIHANRAYA ?
SO LAIN KALI JAGA MULUT LONGKANG TUH
-Pak Karamu-
Masih perlu tunggu keputusan Majlis Syura
Nasrudin Hassan - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
SHAH ALAM - Keputusan untuk memutuskan tahaluf siyasi Pas bersama dengan PKR masih bergantung kepada keputusan Majlis Syura Ulamak.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, dalam soal ini ia bergantung kepada bidang kuasa Majlis Syura Ulamak kerana banyak aspek perlu diteliti terlebih dahulu.
“Ya, memang ahli sebulat suara minta putus namun keputusannya tertakluk kepada Majlis Syura memandangkan ia melibatkan hukum-hakam dan perlu dinilai terlebih dahulu.
“Lagipun, hanya Majlis Syura yang mempunyai kuasa untuk memutus atau menyambung apa-apa,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Sebelum ini, semua perwakilan sebulat suara menyokong usul memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR, selepas usul itu dibentangkan wakil Dewan Ulamak Pas Pusat, Zulkifli Ismail.
[ARTIKEL BERKAITAN: Usul putus tahaluf siyasi diterima sebulat suara]
Sebaik perbahasan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari selesai, Pengerusi Tetap Muktamar, Hussin Ismail bertanya kepada perwakilan dan kesemuanya bangun menyatakan sokongan dengan melaungkan, ‘setuju’ beramai-ramai.
Terdahulu, pada pembentangan usul, Zulkifli merujuk kepada perlembagaan Pas, Fasal 5 (Tujuan Pas), Fasal 6 (Usaha-Usaha) dan Fasal 7 (Hukum dan Kekuasaan) sebagai hujah agar Pas memutuskan hubungan dengan PKR.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad pula mengatakan bahawa fokus utama Pas adalah menghadapi PRU14.
“Isu ini ( tahaluf siyasi), kita kena tengok dahulu macam mana keadaannya sebab Pas akan bertanding untuk memerintah dengan Gagasan Sejahtera.
“Jadi, ia bukan sekadar untuk bersatu tetapi nak memerintah bersama-sama rakan seangkatan dengan kita,” katanya lagi.
Demikianlah Artikel PKR BOLEH SENYUM TAPI PAS MUNGKIN SEDIKIT SURAM
Sekianlah artikel PKR BOLEH SENYUM TAPI PAS MUNGKIN SEDIKIT SURAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PKR BOLEH SENYUM TAPI PAS MUNGKIN SEDIKIT SURAM dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/pkr-boleh-senyum-tapi-pas-mungkin.html