Judul : PENGGUNA GMAIL ALAMI SERANGAN PHISHING
link : PENGGUNA GMAIL ALAMI SERANGAN PHISHING
PENGGUNA GMAIL ALAMI SERANGAN PHISHING
San Francisco - Pengguna Gmail pada Rabu diserang menggunakan phishing bertujuan untuk melumpuhkan pembekal perkhidmatan Google, lapor agensi berita China Xinhua.
Amalan pishing yang biasa apabila serangan dilakukan dengan menghantar e-mel kepada pengguna Gmail dan penyerang berpura-pura menjadi seseorang yang dikenali.
Bagaimanapun, serangan kali ini tidak seperti amalan biasa phishing, kali ini serangan dilakukan dengan menghantar e-mel berbentuk jemputan untuk menyertai Google Doc.
Sebaik pengguna menekan pautan Google Doc dalam e-mel phishing, pengguna akan dibawa ke halaman Google.com dan kemudian diminta memberi kebenaran membolehkan penyerang akses ke akaun pengguna sekali gus dapat mengesan maklumat dan e-mel kenalan.
Dalam satu kenyataan Google berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mencegah serangan seperti itu daripada berlaku lagi.
Setakat ini tiada laporan diterima mengenai berapa ramai pengguna yang terjejas.
Demikianlah Artikel PENGGUNA GMAIL ALAMI SERANGAN PHISHING
Sekianlah artikel PENGGUNA GMAIL ALAMI SERANGAN PHISHING kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PENGGUNA GMAIL ALAMI SERANGAN PHISHING dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/pengguna-gmail-alami-serangan-phishing.html