PEGAWAI TERLIBAT RASUAH TIDAK DILINDUNGI

PEGAWAI TERLIBAT RASUAH TIDAK DILINDUNGI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEGAWAI TERLIBAT RASUAH TIDAK DILINDUNGI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEGAWAI TERLIBAT RASUAH TIDAK DILINDUNGI
link : PEGAWAI TERLIBAT RASUAH TIDAK DILINDUNGI

Baca juga


PEGAWAI TERLIBAT RASUAH TIDAK DILINDUNGI


Dr Ahmad Zahid Hamidi


Shah Alam - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan aktiviti rasuah meskipun memberi alasan kononnya dianiaya dan dipaksa.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu ditegaskan dalam pertemuannya bersama Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan, kelmarin.

“Dalam pertemuan itu, saya telah menyarankan mereka yang terlibat tidak akan dilindungi, meskipun ada dalam kalangan mereka memberikan alasan kononnya dianiaya dan dipaksa,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Universiti Bersama Timbalan Perdana Menteri dengan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) , di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai penahanan tiga pegawai polis di Melaka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti rasuah.

Ujar Ahmad Zahid, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa konsisten memastikan mereka yang dianggap ‘harapkan pagar, pagar makan padi’, ditangkap dan menerima hukuman.

Malah katanya, operasi pembersihan serta menangkap pegawai dan anggota yang terlibat dengan rasuah akan terus dilakukan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, semua Ketua Polis Negeri dan Pesuruhjaya Polis.

“Kita tahu ‘pagar-pagar’ ini memberikan maklumat operasi polis dan memperoleh pendapatan luar biasa daripada sindiket. Kita menghidu semua maklumat ini,” katanya.




Demikianlah Artikel PEGAWAI TERLIBAT RASUAH TIDAK DILINDUNGI

Sekianlah artikel PEGAWAI TERLIBAT RASUAH TIDAK DILINDUNGI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PEGAWAI TERLIBAT RASUAH TIDAK DILINDUNGI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/pegawai-terlibat-rasuah-tidak-dilindungi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :