PADAH JUMPA KENALAN WECHAT

PADAH JUMPA KENALAN WECHAT - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PADAH JUMPA KENALAN WECHAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PADAH JUMPA KENALAN WECHAT
link : PADAH JUMPA KENALAN WECHAT

Baca juga


PADAH JUMPA KENALAN WECHAT


rogol


Kuala Terengganu - Keputusan berani seorang remaja perempuan keluar bersama kenalan lelaki yang baru dikenali melalui aplikasi WeChat mengundang padah apabila dirogol sehingga mengandung dalam kejadian di sebuah rumah di Manir, di sini, tahun lalu.

Mangsa berusia 14 tahun bagaimanapun mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Manir, di sini, pada Khamis lalu apabila lelaki berkenaan gagal dihubungi selepas disahkan mengandung lima bulan.

Menurut sumber, tragedi hitam itu dikatakan berlaku pada November tahun lalu, selepas mangsa bertindak berani menerima pelawaan suspek yang hanya dikenali menerusi aplikasi WeChat untuk berjalan-jalan di sekitar Pulau Warisan, di sini.

Katanya, suspek yang menunggang motosikal dikatakan mengambil mangsa di hadapan sebuah sekolah rendah di Chabang Tiga, di sini, sebelum dibawa berjalan-jalan di sekitar Pulau Warisan.

“Selepas puas berjalan-jalan, suspek membawa mangsa ke sebuah rumah di Manir, di sini, sebelum dirogol dan menghantar remaja itu di tempat sama di mana suspek mengambilnya sebelum ini.

“Bagaimanapun, suspek mula berubah sikap apabila cuba melarikan diri dengan langsung tidak menghubungi dan enggan berjumpa dengan mangsa selepas kejadian itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang disahkan mengandung lima bulan itu berasa diri dianiaya dan dipermainkan sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Katanya, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.




Demikianlah Artikel PADAH JUMPA KENALAN WECHAT

Sekianlah artikel PADAH JUMPA KENALAN WECHAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PADAH JUMPA KENALAN WECHAT dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/padah-jumpa-kenalan-wechat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :