NETIZEN BERANG KES ROMPAK KEDAI MAKAN

NETIZEN BERANG KES ROMPAK KEDAI MAKAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NETIZEN BERANG KES ROMPAK KEDAI MAKAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NETIZEN BERANG KES ROMPAK KEDAI MAKAN
link : NETIZEN BERANG KES ROMPAK KEDAI MAKAN

Baca juga


NETIZEN BERANG KES ROMPAK KEDAI MAKAN


'Gegar' restoran, samun pelanggan, pekerja


Shah Alam - Susulan kes rompakan di kedai makan yang tular di media sosial sejak kelmarin, netizen berharap perompak tersebut dapat segera diberkas polis.

Terkesan dengan berita itu, netizen meluahkan kemarahan mereka di media sosial dan menyifatkan kumpulan tersebut sepatutnya mencari rezeki yang halal, bukannya merompak.

Seorang pengguna Facebook, Akis Nur berkata, mereka sepatutnya menggunakan tubuh badan yang sihat untuk mencari rezeki dan bukannya merompak.

“Kepada perompak-perompak itu, cuba lihat diri tu, cukup tak kaki tangan dan anggota badan lain? Kalau cukup, mengapa tidak gunakan nikmat ALLAH SWT untuk cari rezeki?

“Tidak kah kami berasa malu dengan orang kurang upaya (OKU) yang cacat anggota pun boleh bekerja gigih cari rezeki,” tulisnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, enam lelaki tempatan yang memakai topi keledar telah menyamun pelanggan dan pekerja di sebuah restoran di Taman Melawati.

Suspek yang bersenjatakan parang telah mengarahkan mangsa untuk menyerahkan barang berharga.

Sementara itu, seorang lagi pemilik akaun Facebook dengan nama Lc Man Abu Ledang pula berdoa agar dipermudahkan untuk pihak berkuasa menahan suspek.

“Ya ALLAH SWT, kau bantulah pihak berkuasa menangkap penjenayah itu dan permudahkanlah penangkapan kesemua suspek tersebut,” tulisnya pula.

Bagi Wmuhammad Hazim Al-Ansar pula dengan nada bergurau memberikan idea buat pengusaha restoran untuk menangani isu ini.

“Lepas ini pengusaha restoran boleh pohon lesen senjata api, boleh tembak mati lanun-lanun ni," tulisnya.

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh seorang lagi pengguna Facebook, John Remy yang mengatakan perkara seperti ini tidak wajar dibiarkan bermaharajalela.

“Pihak polis patut tembak sahaja puak penjenayah macam ini jika dapat dikesan, tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Masa orang tengah makan malam, sempat lagi mereka menyamun,” tulisnya.




Demikianlah Artikel NETIZEN BERANG KES ROMPAK KEDAI MAKAN

Sekianlah artikel NETIZEN BERANG KES ROMPAK KEDAI MAKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NETIZEN BERANG KES ROMPAK KEDAI MAKAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/netizen-berang-kes-rompak-kedai-makan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :