Judul : [LIPIS] PERJELAS BAHAYA WAHABI
link : [LIPIS] PERJELAS BAHAYA WAHABI
[LIPIS] PERJELAS BAHAYA WAHABI
Program Seminar Terapi dan Dian sempena Peringatan Hari Polis ke 210 yang diadakan di Dewan Residen Lipis di sini, semalam mengupas isu fahaman wahabi yang mampu menggugat keselamatan negara.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, penganjuran program berkenaan bertujuan untuk memberi penjelasan dan pendedahan kepada masyarakat terhadap ancaman masa kini khususnya yang menjurus kepada gerakan militan ekstrem seperti Daesh.
Menurutnya, setiap individu perlu mengetahui tentang bahayanya fahaman wahabi yang mampu menyesatkan umat Islam.
“Menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk menjaga nilai agama dan ini memerlukan kerjasama semua pihak.
“Ia sekaligus menjaga kesucian agama Islam berasaskan ilmu, fakta sejarah, nas-nas al-Quran dan hadis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program berkenaan di sini.
Hadir sama Adun Padang Tengku, Datuk Mustapa Long dan program dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Komisioner, Yahya Othman.
Program anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis dengan kerjasama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) itu telah dihadiri oleh 300 tetamu dari pelbagai agensi dan jabatan sekitar daerah Lipis.
Sementara itu, Yahya berkata, penerapan agama Islam berlandaskan al-Quran dan hadis mampu mengelak generasi baharu daripada terpengaruh dengan ancaman globalisasi semasa.
Katanya, usaha itu juga mampu membanteras fahaman wahabi yang dilihat beri ancaman keselamatan kepada negara.
“Selain pengaruh internet, keruntuhan akhlak dalam kalangan anak muda juga disebabkan pengaruh rakan dan kawasan persekitaran yang terdedah dengan gejala sosial,” katanya.
Demikianlah Artikel [LIPIS] PERJELAS BAHAYA WAHABI
Sekianlah artikel [LIPIS] PERJELAS BAHAYA WAHABI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [LIPIS] PERJELAS BAHAYA WAHABI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/lipis-perjelas-bahaya-wahabi.html