Judul : Lapan mayat disemadikan selepas 632 hari
link : Lapan mayat disemadikan selepas 632 hari
Lapan mayat disemadikan selepas 632 hari
Sinar harian
NEW DELHI - INDIA. Lapan mayat yang disimpan di bilik mayat sebuah hospital di Manipur India selama 632 hari akhirnya selamat disemadikan, kata seorang pegawai lapor agensi berita China Xinhua.
Upacara persemadian yang diberikan penghormatan negara itu dijalankan pada Rabu.
Kesemua mangsa terbunuh dalam satu insiden bantahan di daerah Churachandpur kira-kira 65 kilometer selatan Imphal, Manipur pada September 2015.
Bantahan itu berikutan tindakan kerajaan tempatan meluluskan tiga rang undang-undang pada 31 Ogos 2015 yang dianggap sebagai 'anti puak'.
Upacara itu diadakan selepas kerajaan tempatan Manipur dan jawatankuasa penganjur bantahan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 10 Mei.
Penunjuk perasaan menyerang rumah anggota parlimen, menyebabkan beberapa kejadian kebakaran dilaporkan berlaku.
Polis terpaksa bertindak balas dengan melepaskan tembakan menyebabkan sembilan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam keganasan yang berlangsung selama dua hari.
Kawasan Churachandpur dan beberapa kawasan lain yang dikuasai puak Kuki-Zomi menyifatkan rang undang-undang berkenaan sebagai bertentangan dengan kepentingan mereka. - Bernama
Demikianlah Artikel Lapan mayat disemadikan selepas 632 hari
Sekianlah artikel Lapan mayat disemadikan selepas 632 hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lapan mayat disemadikan selepas 632 hari dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/lapan-mayat-disemadikan-selepas-632-hari.html