Judul : Kalau kalah PRU14, tiada siapa boleh jadi PM, kata Dr Mahathir
link : Kalau kalah PRU14, tiada siapa boleh jadi PM, kata Dr Mahathir
Kalau kalah PRU14, tiada siapa boleh jadi PM, kata Dr Mahathir
Dr Mahathir Mohamad menolak cadangan beliau menjadi perdana menteri sementara dengan berkata, beliau sudah tua dan penglibatannya dalam politik hanya untuk berkempen menentang Najib Razak.
VIDEO INSIDE
“Perkara utama adalah memenangi pilihan raya. Kalau kita kalah, tiada siapa pun boleh jadi perdana menteri.
“Selepas menang pun, kita tidak boleh mengangkat mana-mana orang melainkan dipersetujui semua pihak…Kita tidak boleh menggunakan kehendak 1 parti sebagai kehendak gabungan,” katanya dalam wawancara bersama FMT di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Ditanya jika beliau sanggup memegang jawatan nombor 1 itu sehingga Pakatan Harapan mencapai kata sepakat untuk memilih seorang calon perdana menteri, beliau memetik kata-kata William Shakespear “much virtue in ‘if'” yang bermaksud banyak kebaikan dalam perkataan “jika”.
“Kalau macam-macamlah. Kalau tiada siapa dan tinggal saya terkontang-kanting di situ, tiada orang lain dah, semua orang sudah lenyap…terpaksalah…kalau.
“Tapi ‘kalau’ tu tak akan berlaku,” katanya.
Bekas perdana menteri itu berkata, Pakatan Harapan perlu mematuhi undang-undang negara, jika bertegas memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri selepas memenangi PRU14, memandangkan ketua umum PKR itu masih dipenjarakan.
“Kita mesti patuh kepada undang-undang. Kita berjuang untuk menegakkan kedaulatan undang-undang.
Demikianlah Artikel Kalau kalah PRU14, tiada siapa boleh jadi PM, kata Dr Mahathir
Sekianlah artikel Kalau kalah PRU14, tiada siapa boleh jadi PM, kata Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kalau kalah PRU14, tiada siapa boleh jadi PM, kata Dr Mahathir dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/kalau-kalah-pru14-tiada-siapa-boleh.html