[JENGKA] 'KES TAK SELESAI BERTAHUN-TAHUN'

[JENGKA] 'KES TAK SELESAI BERTAHUN-TAHUN' - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [JENGKA] 'KES TAK SELESAI BERTAHUN-TAHUN', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [JENGKA] 'KES TAK SELESAI BERTAHUN-TAHUN'
link : [JENGKA] 'KES TAK SELESAI BERTAHUN-TAHUN'

Baca juga


[JENGKA] 'KES TAK SELESAI BERTAHUN-TAHUN'


‘Kes tak selesai bertahun-tahun’


Pihak berwajib digesa mengambil perhatian serius dalam mengekang kecurian kelapa sawit setelah pelbagai ikhtiar dilakukan pihak peneroka dan pengurus rancangan Felda di Felda Jengka 21, dekat sini.

Ketua penerokanya, Abd Azih Bakar berkata, kejadian kecurian ini hanya akan menambahkan kerugian bukan sahaja di pihak peneroka malah, Felda dan kerajaan secara keseluruhannya.

Menurutnya, selama berpuluh tahun peneroka berhadapan kes kecurian yang seakan tiada penghujung dan beliau percaya ia berlaku disebabkan adanya permintaan dari pembeli atau penimbang luar yang membeli buah muda dan sawit secara haram.

“Penimbang atau pembeli yang beli buah sawit muda curi inilah yang menggagalkan usaha kita mengekang gejala kecurian. Dah banyak usaha kita buat. Tapi selagi ada penimbang yang beli secara haram, selagi itulah masalah tak akan selesai.

“Dah bertahun-tahun kes tak selesai. Peneroka kerugian puluhan ribu sebulan akibat pembeli dan penimbang buah sawit di luar kawasan kilang Felda. Penimbang atau pembeli ini beli buah muda daripada pencuri-pencuri di ladang peneroka.

“Kami telah pun mengadu kepada pihak berkaitan yang sepatutnya mengawal serta memantau aktiviti pembelian sawit tapi sampai sekarang kegiatan pembeli dan penimbang haram masih berleluasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Hari Penerima Hamper Sumbangan Ziarah Kasih Bulanan 2017, Parlimen Kuala Krau di Rumpun Makmur, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar dan Ketua-Ketua Peneroka Parlimen Kuala Krau.

Abd Azih berkata, pihak Felda kerap menjalankan kempen supaya peneroka mengeluarkan hasil buah yang masak dan berkualiti sebelum dijual ke kilang peneroka manakala buah yang muda dibiarkan dahulu sementara menunggu masak.

“Buah muda inilah nanti yang akan dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab dan kemudiannya dijual kepada penimbang haram. Jika di kilang Felda, buah muda tidak akan diterima malah peneroka yang ingin menjual perlu menunjukkan resit Felda. Tapi bagaimana pencuri-pencuri ini boleh jual tanpa lesen dan kaut keuntungan atas angin?

“Kalau dulu, generasi pertama peneroka masih muda, bolehlah kami berkawal di ladang tapi sekarang tak kan dah tua perlu tunggu di ladang lagi? Peneroka dan pengurus rancangan melakukan pelbagai cara termasuk upah Panel Mengawal Keselamatan Felda dan polis bantuan Felda. Semua itu memerlukan kos. Apabila pencuri-pencuri dah ditangkap, tiada pendakwaan pula dibuat kerana dikatakan kes rumit,” soalnya.

Sehubungan itu beliau berkata, tiba masanya kerajaan serta pihak bertanggungjawab mengkaji kaedah terbaik bagi membawa penjenayah-penjenayah tersebut ke muka pengadilan.




Demikianlah Artikel [JENGKA] 'KES TAK SELESAI BERTAHUN-TAHUN'

Sekianlah artikel [JENGKA] 'KES TAK SELESAI BERTAHUN-TAHUN' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [JENGKA] 'KES TAK SELESAI BERTAHUN-TAHUN' dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/jengka-kes-tak-selesai-bertahun-tahun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :