Judul : Hamas ucap 'TQ' kepada Korea Utara..kerana...
link : Hamas ucap 'TQ' kepada Korea Utara..kerana...
Hamas ucap 'TQ' kepada Korea Utara..kerana...
Sinar Harian
Kim Jong-un
GAZA - PALESTIN. Pemimpin senior Hamas (Palestin) Sami Abu Zuhri, melahirkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Korea Utara ekoran kecaman keras pimpinan Kim Jong-un terhadap negara haram, Israel.
"Hamas menghargai kenyataan Korea Utara, di mana ia menyokong perjuangan Palestin dan menolak sikap penjajah," kata Abu Zuhri menerusi akaun Twitternya, lapor al-Araby.
Sebelum ini, Kim Jong-un mengecam Israel dan berkata, 'Israel satu kutukan di Timur Tengah' dan menolak sikap besar kepala Israel 'yang suka menjajah'.
Sehari sebelum itu, jurucakap Kementerian Luar Korea Utara telah mengeluarkan kenyataan menghentam Israel sebagai membalas dendam kenyataan Menteri Pertahanan Israel Avigdor Lieberman, yang mengelar Kim Jong-un 'orang gila'.
"Israel adalah satu-satunya pemilik haram senjata nuklear yang mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) tetapi Israel menyerang Korea Utara untuk memiliki senjata nuklear," petik kenyataan Kementerian Luar Korea Utara.
Menerusi kenyataan itu lagi, Kementerian Luar Korea Utara menyatakan sokongan sepenuhnya di atas perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan semula wilayah yang diduduki dan mewujudkan sebuah negara merdeka dengan menjadikan Baltulmaqdis sebagai ibu negaranya
Demikianlah Artikel Hamas ucap 'TQ' kepada Korea Utara..kerana...
Sekianlah artikel Hamas ucap 'TQ' kepada Korea Utara..kerana... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hamas ucap 'TQ' kepada Korea Utara..kerana... dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/hamas-ucap-tq-kepada-korea-utarakerana.html