Judul : GEMPA KUAT DI PHILIPHINA
link : GEMPA KUAT DI PHILIPHINA
GEMPA KUAT DI PHILIPHINA
Dua cedera gempa kuat gegar Filipina
Beberapa pekerja membersihkan sisa runtuhan bangunan lama yang runtuh akibat gempa di General Santos selatan Filipina, kelmarin.
MANILA - FILIPINA. Gempa berkekuatan 6.8 skala richter menggegar Filipina, awal kelmarin dan turut menyebabkan dua cedera selain beberapa bangunan mengalami kerosakan serta gangguan bekalan elektrik.
Pihak berkuasa memaklumkan gempa tersebut telah mencetuskan panik dalam kalangan penduduk yang mana kebanyakan daripada mereka sedang nyenyak tidur.
Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat turut mengeluarkan amaran gelombang ombak bahaya di Mindanao dan Indonesia selepas gegaran tersebut berlaku pada jam 4.23 pagi (waktu tempatan), namun amaran tsunami telah ditarik balik kurang dua jam selepas insiden itu.
Sementara itu, Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina melaporkan bacaan gegaran itu adalah 7.2 skala Richter dan pusat gempa terletak kira-kira 53 kilometer di luar pantai selatan Mindanao. - AFP
Demikianlah Artikel GEMPA KUAT DI PHILIPHINA
Sekianlah artikel GEMPA KUAT DI PHILIPHINA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel GEMPA KUAT DI PHILIPHINA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/gempa-kuat-di-philiphina.html