Judul : Ezlynn Fail Permohonan Cerai Terhadap Suami
link : Ezlynn Fail Permohonan Cerai Terhadap Suami
Ezlynn Fail Permohonan Cerai Terhadap Suami
Kuala Lumpur - Penyanyi, Ezlynn yang terkenal dengan lagu berjudul Hi Hi Bye Bye, memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di sini.Pelakon Filem Zombi Kampung Pisang, Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin, 36, memfailkan permohonan cerai tersebut melalui peguamnya, Izyan Hazwani Ahmad mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Januari lalu.
Walau bagaimanapun, suami Ezlynn, Adam Fahmy Shamsudin, 38, tidak bersetuju dengan permohonan penceraian tersebut dan mahkamah memerintahkan mereka menghadiri sesi Jawantankuasa Pendamai (JKP).
Ezlynn selaku plaintif melantik kakak kandungnya sebagai wakil JKP manakala suaminya yang dinamakan sebagai defendan melantik adik kandung beliau.
Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed Nor menetapkan 11 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi mendengar laporan JKP itu.
Dalam proses perceraian, jawatankuasa pendamai ini terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan tersebut bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Ezlynn dan Fahmy mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 namun sehingga sekarang pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.
Demikianlah Artikel Ezlynn Fail Permohonan Cerai Terhadap Suami
Sekianlah artikel Ezlynn Fail Permohonan Cerai Terhadap Suami kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ezlynn Fail Permohonan Cerai Terhadap Suami dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/ezlynn-fail-permohonan-cerai-terhadap.html