DIDIK JIWA DENGAN AL-QURAN

DIDIK JIWA DENGAN AL-QURAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DIDIK JIWA DENGAN AL-QURAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DIDIK JIWA DENGAN AL-QURAN
link : DIDIK JIWA DENGAN AL-QURAN

Baca juga


DIDIK JIWA DENGAN AL-QURAN


Didik jiwa dengan al-Quran


Kota Bharu - Bagai ada tenaga, alunan suara merdu bacaan al-Quran seolah-olah menarik satu demi persatu mereka yang beriadah di Taman Perbandaran Tengku Anis, Tanjong Chat di sini, turut sama mengambil bahagian, Sabtu lalu. 

Pagi itu, dalam suasana nyaman dan segar, seawal jam 9 pagi, bacaan ayat suci al-Quran daripada pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Kuala Krai diketuai Ahmad Arif Haniff Johari menggamit minat pengunjung di situ. 

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI), Marhaini Yusoff, bersyukur dengan sambutan luar biasa Kelantan #QuranHour. 

“Program ini melibatkan komuniti di Kelantan bagi peringkat negeri, namun saya bangga dengan momentum kerjasama Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan yang membolehkan usaha ini menghimpun 1,200 pengunjung.


Mizuho (dua, kiri) diberi penerangan mengenai al-Quran oleh Muhammad Micheal ketika Kelantan #QuranHour, Sabtu lalu.


“Kita sasar 500 peserta sahaja, langsung tak sangka idea lokasi taman daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), sokongan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) mampu menarik ribuan pengunjung, melebihi sasaran ditetapkan,” katanya. 

Menariknya, program itu mampu membawa pengunjung termasuk dua dari luar negara iaitu Mizuho, 30, (Jepun) dan Muhammad Micheal Abdullah, 63, (Ghana) yang hadir dari Pusat Dakwah Antarabangsa diketuai Norhani Affandi. 

Penyertaan mualaf dari Persatuan Cina Muslim Kelantan (Macma) pula diketuai Setiausahanya, Nur Asikin Ong dan anak-anak OKU dari Pusat Dalam Komuniti (PDK) Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Kubang Kerian. 
Mengaji di taman menenangkan 

Menjadi kebiasaan, setiap hujung minggu Jumaat dan Sabtu, Taman Perbandaran Tengku Anis jadi tumpuan keluarga yang membawa anak-anak bermain, mandi-manda, melihat rusa dan menikmati keindahan alam. 

“Kita buat di taman untuk beri peluang bila ibu bapa bawa anak-anak beriadah, berjoging, mereka dapat dekati al-Quran, kembali kepada al-Quran dengan baca, amal dan faham. 

“Ia sesuai dengan waktu menjelang Ramadan, kita mahu orang Kelantan ambil semangat untuk lebih bersedia membaca al-Quran pada bulan puasa dan ambil momentum untuk solat berjemaah tarawih di madrasah atau masjid dalam mendidik jiwa dengan al-Quran,” katanya.


Sebahagian peserta lelaki dan wanita yang hadir.


Tidak mahu aktiviti menjemukan, Kelantan #QuranHour turut mengadakan pengisian forum Berbudi dan Penyayang disampaikan Timbalan Eksekutif Hal Ehwal Pelajar, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr Mohd Azhar Abdullah dan Pensyarah Universiti Malaysia Kelantan, Dr Norhisyam Mohd Nawi. 

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan, Datuk Mejar (B) Adnan Hashim dan Pengurus Sinar Harian Cawangan Kelantan, Surena Md Noor. 
Rakyat sayang negara, negara sayang rakyat 

Menurutnya, kepimpinan yang baik itu boleh menjadikan rakyat sayang negara dan bertimbal balik kepada negara sayang rakyat. 

“Kita akan adakan #MalaysiaNgaji pada Ramadan ke-24 bersamaan 19 Jun ini di Masjid Muhammadi dan World #QuranHour pada 9 Zulhijah iaitu 31 Ogos di Kuala Lumpur dengan tema Berbudi dan Penyayang. 

“Kita mahu lahirkan masyarakat berinteraksi dengan al-Quran selama 365 hari hingga akhirnya kita berubah kerana al-Quran,” katanya.




Demikianlah Artikel DIDIK JIWA DENGAN AL-QURAN

Sekianlah artikel DIDIK JIWA DENGAN AL-QURAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DIDIK JIWA DENGAN AL-QURAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/didik-jiwa-dengan-al-quran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :