DBKL WARTA TIGA LAGI KAWASAN LARANGAN MEROKOK

DBKL WARTA TIGA LAGI KAWASAN LARANGAN MEROKOK - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DBKL WARTA TIGA LAGI KAWASAN LARANGAN MEROKOK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DBKL WARTA TIGA LAGI KAWASAN LARANGAN MEROKOK
link : DBKL WARTA TIGA LAGI KAWASAN LARANGAN MEROKOK

Baca juga


DBKL WARTA TIGA LAGI KAWASAN LARANGAN MEROKOK


rokok


Kuala Lumpur - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewartakan semua laluan pejalan kaki dan jejantas berbumbung serta terowong pejalan kaki bawah tanah di sekitar ibu kota sebagai kawasan larangan merokok, berkuat kuasa 15 April lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata, pewartaan mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 itu bertujuan melindungi orang awam daripada ancaman asap rokok yang boleh membahayakan kesihatan.

"Terdapat 141 laluan pejalan kaki berbumbung di Kuala Lumpur dan bilangan ini akan bertambah dari semasa ke semasa.

"Kegagalan mematuhi peraturan tersebut boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun," katanya ketika melancarkan program 'KL Bebas Asap Rokok di Jejantas dan Laluan Pejalan Kaki Bandaraya Kuala Lumpur 2017' di sini semalam.

Pada majlis itu, DBKL turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama sembilan rakan perkongsian pintar terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti dalam usaha melaksanakan inisiatif 'KL Bebas Asap Rokok' menjelang 2045.

Mhd Amin berkata, penambahan kawasan larangan merokok itu mampu membudayakan amalan tidak merokok, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kadar berhenti merokok dalam kalangan perokok.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai dalam memperkukuhkan pemantauan pelaksanaan tersebut dengan menjadi 'mata dan telinga' pihak berkuasa tempatan (PBT) .

"Tindakan penguatkuasaan oleh PBT sahaja tidak memadai, orang ramai juga saya minta tegur mereka yang merokok di kawasan larangan dan jika mereka enggan boleh lapor di talian bebas tol 1800-88-3255 atau 03-2268 7333," katanya.




Demikianlah Artikel DBKL WARTA TIGA LAGI KAWASAN LARANGAN MEROKOK

Sekianlah artikel DBKL WARTA TIGA LAGI KAWASAN LARANGAN MEROKOK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DBKL WARTA TIGA LAGI KAWASAN LARANGAN MEROKOK dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/dbkl-warta-tiga-lagi-kawasan-larangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :