DAFTAR PENIAGAAN UNTUK ELAK DITIPU

DAFTAR PENIAGAAN UNTUK ELAK DITIPU - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAFTAR PENIAGAAN UNTUK ELAK DITIPU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAFTAR PENIAGAAN UNTUK ELAK DITIPU
link : DAFTAR PENIAGAAN UNTUK ELAK DITIPU

Baca juga


DAFTAR PENIAGAAN UNTUK ELAK DITIPU

SSM



MELAKA - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mewajibkan semua peniaga dalam talian yang menjalankan perniagaan melalui pasaran dalam Internet atau menerusi syarikat e-dagang seperti Lazada, berdaftar dengan SSM dalam tempoh enam bulan akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner berkata, langkah berkenaan, yang turut menepati Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, bertujuan melindungi pengguna daripada ditipu selain memberi jaminan kepada pembeli.

"Langkah ini dimulakan dengan peniaga dalam talian yang menjual produk atau barangan menerusi platform Lazada dan akan diperluaskan bagi pasaran dalam Internet antaranya Fashion Valet dan sebagainya.

"Usaha ini akan kita lakukan menerusi memorandum persefahaman dengan syarikat e-dagang yang ada di negara ini secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan zakat korporat SSM di sini, malam tadi.

Turut hadir ahli Parlimen Tangga Batu, yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah serta Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh merangkap Pengerusi SSM.

Mengulas lanjut, Zahrah berkata, SSM akan memberi tempoh selama 30 hari kepada peniaga untuk mendaftar dengan suruhanjaya itu.

Beliau berkata, syarikat e-dagang turut dikehendaki memantau pendaftaran peniaga yang bernaung di bawah perniagaan mereka, dan peniaga yang gagal berbuat demikian akan digugurkan daripada menyertai platform dalam talian tersebut.

"Peniaga yang tidak mendaftar boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman dua tahun penjara atau denda RM50,000 atau kedua-dua sekali," katanya.

Terdahulu pada majlis itu, SSM menyampaikan sumbangan zakat korporat SSM berjumlah RM70,000 kepada 250 golongan asnaf serta sumbangan kepada 12 masjid di kawasan Parlimen Tangga Batu. - Bernama










Demikianlah Artikel DAFTAR PENIAGAAN UNTUK ELAK DITIPU

Sekianlah artikel DAFTAR PENIAGAAN UNTUK ELAK DITIPU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAFTAR PENIAGAAN UNTUK ELAK DITIPU dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/daftar-peniagaan-untuk-elak-ditipu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :