Cabul Wanita Dalam Tandas Pusat Membeli Belah, Lelaki Koma Dibelasah

Cabul Wanita Dalam Tandas Pusat Membeli Belah, Lelaki Koma Dibelasah - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cabul Wanita Dalam Tandas Pusat Membeli Belah, Lelaki Koma Dibelasah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cabul Wanita Dalam Tandas Pusat Membeli Belah, Lelaki Koma Dibelasah
link : Cabul Wanita Dalam Tandas Pusat Membeli Belah, Lelaki Koma Dibelasah

Baca juga


Cabul Wanita Dalam Tandas Pusat Membeli Belah, Lelaki Koma Dibelasah

Seorang lelaki berusia 30 tahun koma dibelasah orang awam kerana didakwa mencabul seorang wanita dalam tandas di tingkat satu kompleks beli-belah di Jalan Putra, Alor Setar semalam.

Dalam kejadian 4 petang, lelaki itu didakwa cuba memeluk wanita berusia 21 tahun dari depan dengan menekup mulut mangsa sebelum wanita itu menggigit tangannya tetapi ditumbuk di perut oleh suspek.

Bagaimanapun, kejadian itu disedari beberapa individu yang berada di luar tandas selepas terdengar jeritan mangsa menyebabkan suspek dibawa ke tingkat bawah bangunan itu dan dibelasah kumpulan lelaki terbabit.

Lelaki berusia 30 tahun koma dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar Deputi Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, suspek ditangkap oleh orang awam dan diserahkan kepada anggota Unit Peronda Polis (MPV) sebelum membawanya ke HSB untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, keadaan suspek kini masih kritikal dan dirawat di Zon Merah HSB akibat kecederaan parah di kepala disebabkan insiden yang berlaku.

"Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan namun masih dalam siasatan. Kakak lelaki itu membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa adiknya pagi tadi manakala wanita yang menjadi mangsa itu sudah membuat laporan di IPD Kota Setar malam tadi yang mendakwa dia dicabul.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul," katanya.


Demikianlah Artikel Cabul Wanita Dalam Tandas Pusat Membeli Belah, Lelaki Koma Dibelasah

Sekianlah artikel Cabul Wanita Dalam Tandas Pusat Membeli Belah, Lelaki Koma Dibelasah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cabul Wanita Dalam Tandas Pusat Membeli Belah, Lelaki Koma Dibelasah dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/cabul-wanita-dalam-tandas-pusat-membeli.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :