[BENTONG] LAGI PESERTA KEM MOTIVASI BOGEL DIDAKWA

[BENTONG] LAGI PESERTA KEM MOTIVASI BOGEL DIDAKWA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [BENTONG] LAGI PESERTA KEM MOTIVASI BOGEL DIDAKWA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [BENTONG] LAGI PESERTA KEM MOTIVASI BOGEL DIDAKWA
link : [BENTONG] LAGI PESERTA KEM MOTIVASI BOGEL DIDAKWA

Baca juga


[BENTONG] LAGI PESERTA KEM MOTIVASI BOGEL DIDAKWA


Mahkamah


Empat sukarelawan termasuk seorang wanita sebuah program kem motivasi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan bersubahat dengan aktiviti perlakuan lucah di sebuah pusat peranginan di Bukit Tinggi, dekat sini, Januari lepas.

Kesemua tertuduh - Brendon Yong Weng Siang, 25; Yong Kar Men, 25 (wanita); Chin King Hon, 25; Gan Wee Hon, 26 membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairuddin Anhar Mahmud.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa bersubahat dengan aktiviti berbogel di padang permainan di Selesa Hillhomes Resort, Bukit Tinggi pada pukul 5.30 petang, 21 Jan lepas.

Perbuatan itu didakwa menimbulkan kegusaran kepada Pengerusi Jawatankuasa Penduduk kawasan itu, Rozzana Chung Abdullah, 59, yang khuatir ia membawa impak negatif kepada wanita dan kanak-kanak di situ.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 109 kanun yang sama yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.

Dalam pendakwaan berasingan, dua lagi peserta program kem motivasi berkenaan, Cheong Zhe Hou, 23 dan Zoey Chai Yuen Fei, 21 turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan berbogel pada hari, masa dan tempat yang sama.

Mahkamah membenarkan semua tertuduh masing-masing diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah sehingga selesai perbicaraan.

Mahkamah menetapkan 30 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Kesemua tertuduh, yang diwakili peguam Vivek Sukumaran dan Jhaimal Singh Korotana, kemudian membayar wang ikat jamin. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asyikin Nor Azhar.

Pada 17 Mei lepas, seramai 28 peserta kem motivasi berkenaan, masing-masing telah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,500 setelah mengaku bersalah berbogel dan bersubahat dengan pelakuan lucah itu.

Lima lagi penganjur termasuk seorang jurulatih pula, masing-masing didenda RM3,000 dan sebulan penjara bermula tarikh tangkap pada 22 Januari lepas setelah mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat dengan perbuatan itu.




Demikianlah Artikel [BENTONG] LAGI PESERTA KEM MOTIVASI BOGEL DIDAKWA

Sekianlah artikel [BENTONG] LAGI PESERTA KEM MOTIVASI BOGEL DIDAKWA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [BENTONG] LAGI PESERTA KEM MOTIVASI BOGEL DIDAKWA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/bentong-lagi-peserta-kem-motivasi-bogel.html

Subscribe to receive free email updates: