Bayi Dalam Tong Sampah Diberi Nama Mohd Ramadan

Bayi Dalam Tong Sampah Diberi Nama Mohd Ramadan - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bayi Dalam Tong Sampah Diberi Nama Mohd Ramadan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bayi Dalam Tong Sampah Diberi Nama Mohd Ramadan
link : Bayi Dalam Tong Sampah Diberi Nama Mohd Ramadan

Baca juga


Bayi Dalam Tong Sampah Diberi Nama Mohd Ramadan

Bayi lelaki yang ditemui dibuang dalam tong sampah bertutup di depan sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya, Temeroh, pagi semalam, akan diberi nama Mohd Ramadan sempena keberkatan bulan puasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Mutimedia Negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata bayi 2.4 kilogram yang ditemui pada hari kedua umat Islam berpuasa itu, kini stabil dan masih dirawat di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini.

"Bayi berkenaan berada dalam keadaan baik walaupun ada sedikit luka sepanjang tiga sentimeter di atas kepala sebelah kanan dan telah pun menerima dua jahitan.

“Buat sementara bayi lelaki ini akan ditempatkan di HOSHAH untuk pemerhatian selama seminggu.

"Ia akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk ditempatkan di rumah perlindungan kanak-kanak dan kerajaan negeri akan membantu kebajikan bayi malang ini dalam tempoh jagaan berkenaan," katanya selepas melawat bayi berkenaan di NICU HOSHAS, diiringi Pengarah JKM Pahang Zulkhairi Zainal Abidin.

Menurutnya, JKM menerima banyak permohonan untuk menjadikan bayi berkenaan sebagai anak angkat, namun mengambil masa kerana perlu melalui beberapa prosedur tertentu selain hanya boleh dilakukan jika tiada tuntutan hak penjagaan daripada keluarga bayi berkenaan.

Dalam kejadian 6.20 pagi semalam, seorang bayi lelaki ditemui dalam tong sampah di sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya dalam keadaan masih bertali pusat dan dibalut dengan kertas surat khabar, oleh seorang penduduk yang baharu pulang daripada mengerjakan solat Subuh di masjid berhampiran sebelum membawanya ke HOSHAS.

Sementara itu Zulkhairi menasihati wanita yang melahirkan anak luar nikah supaya tidak membuang bayi sebaliknya menyerahkan di pusat JKM untuk membolehkan kebajikannya dijaga.

"Jangan takut sebab kami tidak akan mengambil tindakan, malah identiti mereka juga dirahsiakan. JKM juga bersedia menjaga wanita yang hamil luar nikah sehingga mereka melahirkan anak sekiranya tiada tempat untuk dituju," katanya.


Demikianlah Artikel Bayi Dalam Tong Sampah Diberi Nama Mohd Ramadan

Sekianlah artikel Bayi Dalam Tong Sampah Diberi Nama Mohd Ramadan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bayi Dalam Tong Sampah Diberi Nama Mohd Ramadan dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/bayi-dalam-tong-sampah-diberi-nama-mohd.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :