Yong: Jika kaya itu jenayah, ramai lagi boleh ditangkap

Yong: Jika kaya itu jenayah, ramai lagi boleh ditangkap - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Yong: Jika kaya itu jenayah, ramai lagi boleh ditangkap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Yong: Jika kaya itu jenayah, ramai lagi boleh ditangkap
link : Yong: Jika kaya itu jenayah, ramai lagi boleh ditangkap

Baca juga


Yong: Jika kaya itu jenayah, ramai lagi boleh ditangkap


Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong membangkitkan persoalan berkaitan laporan yang menyebut secara meluas bahawa penahanan pemimpin muda Datuk Adam Rosly disebabkan oleh “kekayaan luar biasanya”.

Yong berkata, jika itu alasannya, ramai lagi ahli politik boleh disiasat dan ditangkap menggunakan alasan sama.

“Saya tidak fikir ada sebarang peruntukan (dalam akta-akta) bahawa seseorang itu boleh ditangkap kerana 'kekayaan luar biasanya',” kata Yong.

“Alasan penangkapan seseorang atas alasan memiliki rumah mewah atau memandu kereta besar atau memakai jam mahal tidak boleh dipertahankan.

“Jika begitu, ramai lagi ahli politik di luar sana boleh disiasat atau ditangkap,” kata Yong.

Adam, 28, pegawai khas anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, ditangkap selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau direman lima hari mulai hari ini.

Isu kekayaannya menjadi perhatian selepas pemimpin Baju Merah Datuk Jamal Md Yunos membangkitkan isu itu dengan membawa media menaiki helekopter untuk melihat rumah besar 'Disneyland' Adam di Ampang.

Dalam kenyataan hari ini, Yong berkata Akta SPRM menyebut bahawa seseorang itu boleh ditangkap jika melakukan kesalahan bawah Seksyen 16 dan 23.

Katanya, kebanyakan orang ditahan bawah seksyen 16, yang menyebut seseorang yang meminta atau menerima suapan sebagai dorongan untuk melakukan sesuatu.

Yong mendesak SPRM mendedahkan secara khusus sebab Adam ditahan atau ia akan menimbulkan tanggapan salah terhadap orang awam.

“Saya tidak mempersoalkan integriti atau profesionalisme SPRM, tetapi mereka patut maklumkan apa sebenarnya salah laku atau suapan atau kegiatan menyalahi undang-undang yang dilakukan Adam,” katanya.










Demikianlah Artikel Yong: Jika kaya itu jenayah, ramai lagi boleh ditangkap

Sekianlah artikel Yong: Jika kaya itu jenayah, ramai lagi boleh ditangkap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Yong: Jika kaya itu jenayah, ramai lagi boleh ditangkap dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/yong-jika-kaya-itu-jenayah-ramai-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :