[Video Pendedahan 1MDB - Dato Husam Musa] Flying hours belum cukup. Jauh bezanya kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz dan kegelojohan Dato Fattah (Exco Kelantan).

[Video Pendedahan 1MDB - Dato Husam Musa] Flying hours belum cukup. Jauh bezanya kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz dan kegelojohan Dato Fattah (Exco Kelantan). - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video Pendedahan 1MDB - Dato Husam Musa] Flying hours belum cukup. Jauh bezanya kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz dan kegelojohan Dato Fattah (Exco Kelantan)., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video Pendedahan 1MDB - Dato Husam Musa] Flying hours belum cukup. Jauh bezanya kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz dan kegelojohan Dato Fattah (Exco Kelantan).
link : [Video Pendedahan 1MDB - Dato Husam Musa] Flying hours belum cukup. Jauh bezanya kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz dan kegelojohan Dato Fattah (Exco Kelantan).

Baca juga


[Video Pendedahan 1MDB - Dato Husam Musa] Flying hours belum cukup. Jauh bezanya kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz dan kegelojohan Dato Fattah (Exco Kelantan).

Jumaat, 21 April 2017

Foto Husam Musa.
Husam Musa telah menambah 2 foto baru
Jam Penerbangan Belum Cukup, Usah Gelojoh Terbang Tinggi
- Pusingan Pertama
Pada 19 April, Exco Kerajaan Kelantan, Dato Fattah Mahmud cuba membetulkan semula kenyataan pertamanya dengan berkata:
“Peraturan menutup sekejap premis perniagaan hanya terpakai kepada peniaga Muslim di pasar-pasar malam sahaja.” (http://ift.tt/2p2KBTH)
Apa percanggahan kenyataan ini dengan kenyataan saya pada 17 April - yang mempertikaikan penguatkuasaan menutup kedai sewaktu maghrib kepada semua, termasuk peniaga bukan Islam dan lesen perniagaan mereka akan ditarik jika engkar?
Selari - tidak perlu menutup perniagaan bagi peniaga bukan Muslim. Bermakna saya betul dan Fattah terkhilaf. Kerana itu beliau terpaksa membuat pembetulan demi pembetulan. Pagi ini, sekali lagi beliau memanggil sidang akhbar membetulkan kenyataan beliau sendiri, sambil mengakui bila ditanya, ‘adakah melibatkan semua, (saya menjawab) ….. melibatkan semualah……’. http://ift.tt/2oSOxEA
Bermakna, secara tersirat beliau mengakui dalam kenyataan pertamanya beliau ada menyebut peniaga bukan Muslim perlu menutup perniagaan mereka.
Bagaimana boleh dituduh orang lain keliru ketika beliau sendiri mengakui ada menyebutnya. Cuma hari ini, beliau cuba memberikan justikasi atas kata-katanya sebelum ini. Sendiri terlanjur cakap, sendiri keliru.
Semua kenyataan ‘pembetulan’ ini dikeluarkan selepas saya ‘menegur’ kenyataan pertama Exco yang sama, pada pagi 17 April, yang berbunyi:
‘KUALA LUMPUR: Semua peniaga, termasuk bukan Islam di Kelantan perlu menghentikan perniagaan ketika masuk waktu solat Maghrib, kata exco negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.’
“Semua peniaga terlibat, termasuk bukan Islam. Ini dapat memberi masa kepada mereka untuk berehat dan menunaikan sembahyang.
“Lagipun ia bukannya lama, kira-kira 10 minit sahaja. Yang penting tiada perniagaan ketika azan dan boleh sambung semula urus niaga selepas sembahyang,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini. (http://ift.tt/2pYvJCZ)
Tidak cukup dengan ‘pembetulan’ Dato Fattah, seorang lagi Exco Kerajaan Kelantan, Dato Anuar Tan turut membuat kenyataan, bahawa memang Dato Fattah tidak berniat demikian.
Jika Dato Fattah tidak berniat demikian, kenapa saya perlu diserang oleh Fattah atas kenyataan saya? Kononnya saya sudah lupa dasar yang saya pernah sokong. Seperti kenyataan beliau yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah tajuk 'Husam pun dulu sokong henti niaga sempena Maghrib’, disiar pada 18 April.
Sinar Harian, pada 19 April, menyiarkan di bawah tajuk berita “Hanya pasar malam sahaja” : “ Fattah berkata, pasar malam di negeri ini hampir 100 peratus dimonopoli masyarakat Islam”
Jika sudah tahu pasar malam di Kelantan disertai 100% orang Islam, apa perlu lagi kenyataan ‘termasuk peniaga bukan Islam’? Siapa keliru?
Jika ‘termasuk peniaga bukan Islam’ tidak disebut, tidak berlaku kekecohan yang rasa saya, tidak pun menguntungkan Kerajaan Kelantan.
Tidak perlu juga saya diserang, kerana membetulkan apa yang salah disebut oleh Exco berkenaan. Katakan, apa yang saya kata, adalah betul.
Bagi pimpinan Kerajaan Kelantan yang belum cukup ‘jam penerbangan’, tak usahlah menunjuk pandai cuba membawa pesawat besar terbang bersendirian. Rujuklah pimpinan lain yang lebih mahir undang-undang.
Bagi petugas muda Kerajaan Kelantan seperti Fattah, SUA MB dan Saudara Bala dari luar Kelantan dan seangkatan, izinkan saya berikan sedikit latar belakang peraturan berhenti seketika untuk solat di pasar malam di Kelantan.
Seingat saya, peraturan ini diperkenalkan lama sebelum saya menjadi Exco lagi. Fattah pun tersasau dalam hal ini. Kali pertama ATGNA memulakan langkah ini dengan turun sendiri mengimamkan solat bersama peniaga di Pasar Malam Padang Bas, Kota Bharu. Sebelum 1995 lagi.
Kini, Padang Bas sendiri sudah tidak ada, bertukar menjadi pasar raya.
Bila ATGNA sebagai Menteri Besar memperkenalkan peraturan ini, ia telah dibincang terlebih dahulu dalam parti dan kerajaan. Dalam isu sebegini, pandangan bekas Exco Kerajaan Tempatan pertama Kerajaan Tok Guru, yang juga seorang peguam dan bekas Penasihat Undang-Undang Negeri iaitu Allahyarham Dato Halim Muhamad telah dijadikan landasan.
Beliau telah memberi pandangan bahawa peraturan seperti ini, hendaklah bersifat ‘advisory’ atau ‘galakan’, dan bukan bersifat undang-undang atau legal.
Makna advisory, adalah ‘having or consisting in the power to make recommendations but not to take action enforcing them.’
Saya tidak ingat Dato Fattah ada dalam mesyuarat-mesyuarat sebegini pada masa lalu.
Jika tindakan undang-undang cuba digunakan, termasuk menarik lesen seperti disebut oleh Dato Fattah dalam FMT : ‘Beliau berkata, peniaga yang ingkar arahan akan diberikan amaran terlebih dahulu, sebelum dikenakan larangan sementara jika terus berdegil. (http://ift.tt/2pYvJCZ)
“Sama seperti penguatkuasaan tahap kebersihan. Mereka akan dibenarkan berniaga semula selepas membuat aku janji untuk mematuhi arahan,” katanya sambil menambah setakat ini PBT mendapat kerjasama baik daripada peniaga dan orang ramai. Langkah seperti ini mendedahkan kepada tindakan undang-undang dan sukar dipertahankan.
Sebab itu selama ini, ia bersifat ‘nasihat’ dan ‘galakan’ dengan cara pihak berkuasa kerajaan tempatan menyediakan tempat solat yang selesa, tempat berwudhu dan bekalan air, seorang petugas memaklumkan ketibaan azan dan waktu maghrib menggunakan pembesar suara bergerak dan imam khas sekali sekala.
Selagi bersifat galakan, ia suatu yang baik. Itu sebab saya menyokongnya. Tetapi tidak untuk dikuatkuasakan sebagai undang-undang ke atas peniaga bukan Islam.
Ia tidak pernah dikuatkuasakan secara undang-undang. Tidak pernah ada ugutan atau pengumuman lesen peniaga yang tidak berbuat demikian akan ditarik.
Itu sebabnya kenyataan Fattah mengejutkan saya. Itu sebab saya menegur.
Ternyata akhirnya Fattah membuat U Turn. Tinggallah para penyerang termasuk Bala dari Pahang, tersangkut di atas pucuk buluh, kerana Fattah ‘mendarat cemas’.
Flying hours belum cukup. Jauh bezanya kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz dan kegelojohan Dato Fattah.
Bersambung…
YB Dato Husam Musa
Adun Salor,
20 April 2017/23 Rejab 1438


Demikianlah Artikel [Video Pendedahan 1MDB - Dato Husam Musa] Flying hours belum cukup. Jauh bezanya kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz dan kegelojohan Dato Fattah (Exco Kelantan).

Sekianlah artikel [Video Pendedahan 1MDB - Dato Husam Musa] Flying hours belum cukup. Jauh bezanya kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz dan kegelojohan Dato Fattah (Exco Kelantan). kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video Pendedahan 1MDB - Dato Husam Musa] Flying hours belum cukup. Jauh bezanya kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz dan kegelojohan Dato Fattah (Exco Kelantan). dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/video-pendedahan-1mdb-dato-husam-musa.html

Subscribe to receive free email updates: