[Video Monyet hanya 'kartun biasa'] "Kalian tikam kami berulang kali" & Salahuddin bimbang Malaysia bahaya seperti Mexico.

[Video Monyet hanya 'kartun biasa'] "Kalian tikam kami berulang kali" & Salahuddin bimbang Malaysia bahaya seperti Mexico. - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video Monyet hanya 'kartun biasa'] "Kalian tikam kami berulang kali" & Salahuddin bimbang Malaysia bahaya seperti Mexico., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video Monyet hanya 'kartun biasa'] "Kalian tikam kami berulang kali" & Salahuddin bimbang Malaysia bahaya seperti Mexico.
link : [Video Monyet hanya 'kartun biasa'] "Kalian tikam kami berulang kali" & Salahuddin bimbang Malaysia bahaya seperti Mexico.

Baca juga


[Video Monyet hanya 'kartun biasa'] "Kalian tikam kami berulang kali" & Salahuddin bimbang Malaysia bahaya seperti Mexico.

Rabu, 12 April 2017

KDN panggil ketua pengarang Nanyang, keluar surat tunjuk sebab

KDN panggil ketua pengarang Nanyang, keluar surat tunjuk sebab
Karikatur Nanyang Siang Pau
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memanggil ketua pengarang akhbar harian Nanyang Siang Pau Sdn Bhd (Nanyang Siang Pau) berikutan penyiaran karikatur menghina Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Anggota Parlimen Marang merangkap Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Nanyang Siang Pau dalam satu kenyataan semalam memohon maaf kepada Pandikar Amin dan Abdul Hadi berhubung penyiaran karikatur tersebut dan mengakui penyiaran karikatur itu adalah tidak wajar untuk tatapan umum.
Selain itu, Nanyang Siang Pau juga menarik balik karikatur sama yang disiarkan di laman berita Nanyang Siang Pau, iaitu eNanyang.my.
Foto Parti Amanah Negara Negeri Perak.

Foto Parti Amanah Negara Negeri Perak.
Foto Parti Amanah Negara Negeri Perak.
Lawatan Counsellor Suruhanjaya Tinggi Australia yang diketuai Mr Philip Kimpton, Counsellor dan Ms Katelyn Hornby, Second Secretary.

Foto Mohd Anuar Tahir.
Mohd Anuar Tahir
PERTARUNGAN
Kalian tikam kami berulang kali,
kalian rangkul musuh
dan kami,
kalian anggap terlalu lusuh
untuk diperaga bersama.
Kalian injak-injak kami
kalian belai para setweru
kalian ledak bergantang peluru
agar menembusi muka kami
supaya berkecai sebuah wajah
dan kalian dapat mencium para lawan
sebagai kekasih baru
Apa pun,
kami punya maruah dan pasti tidak menyerah
apa pun,
kami punya lidah
kami punya tinta
untuk menjawab segala kepura-puraan
dan pengkhianatan kalian
kami pasti melawan.
SELAYANG - SEPTEMBER 2016
(GAMBAR - ketika demonstrasi #NOBAN #NOWALL di depan kedutaan Amerika selepas solat Jumaat)

Salahuddin bimbang Malaysia bahaya seperti Mexico

Salahuddin Ayub diapit naib ketua Pemuda Amanah Nasional Shazni Munir Mohd Ithnin (kiri) dan timbalan setiausaha Amanah Nasional Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (kanan) dalam sidang media berkaitan isu keselamatan negara di Wisma Amanah Negara hari ini
Parti Amanah Negara (Amanah) mahu Menteri Dalam Negeri membentangkan kertas putih yang menjelaskan mengenai kewujudan syarikat yang menjual senjata dari Korea Utara di negara ini dan kebarangkalian Kuala Lumpur menjadi destinasi kepada perisik asing.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, kerajaan juga mesti memberikan penjelasan mengenai status siasatan pihak berkuasa ke atas premis yang disalah guna untuk kegiatan haram melibatkan negara luar.
"Saya khuatir negara kita khususnya Kuala Lumpur menjadi destinasi kegiatan haram," katanya dalam sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini.
Mac lalu, Salahuddin dengan merujuk laporan Reuters ketika itu menyerahkan memorandum menggesa Ketua Polis Negara memberi penjelasan segera mengenai kewujudan syarikat berkenaan.
Merujuk kepada laporan berita antarabangsa itu juga, Salahuddin mendakwa terdapat syarikat beroperasi menjual senjata buatan Korea Utara yang dimiliki oleh individu yang didakwa terlibat dengan sebuah parti politik.
Beliau juga mendakwa terdapat aktiviti penjualan senjata dari Korea Utara oleh Global Communications Company (Golcom) yang kemudiannya menukar identiti kepada International Golden Services (IGS).
"Saya meminta IGP dalam tempoh dua minggu atau lebih cepat dari itu mengeluarkan kenyataan rasmi dan memulakan siasatan terhadap isu itu tetapi malangnya sampai hari ini kita idak dapat jawapan yang jelas.
"Sepanjang persidangan parlimen pun saya tidak mendengar jawapan yang tuntas dariapda menteri," katanya yang menghantar memorandum berkenaan pada 15 Mac lalu.
Beliau juga mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed semalam yang meminta suatu siasatan dimulakan berhubung dakwaan seorang eksekutif konglomerat Malaysia menyalurkan dana kepada Korea Utara.
Reuters semalam memetik penderhaka Korea Utara sebagai berkata, sejak dua dekad yang lalu, Han Hun Il yang dilahirkan di Korea Utara dan merupakan pengasas serta ketua eksekutif Malaysia Korea Partners (MKP) menyalurkan dana kepada parti pemerintah Pyongyang.
"Sebelum ini saya buat laporan mengenai operasi mmebekalkan peralatan menjual peralatan tentera bagi pihak Korea Utara. Semalam perkara sama disebut pula oleh timbalan menteri dalam negeri.
"Saya yakin ada kekhuatiran terhadap Malaysia menjadi destinasi yang selamat bagi kegiatan perisikan, penjualan senjata atau peralatan ketenteraan yang dilarang PBB dan menjadi destinasi pembunuhan politik melibatkan penjenayah antarabangsa.
"Saya cukup bimbang Kuala Lumpur jadi suatu bandar seperti Mexico atau bandaraya di Amerika Selatan yang mana berlaku jenayah terancang, pemerdagangan manusia, pembunuhan politik dan pelbagai kegiatan haram," katanya.




Demikianlah Artikel [Video Monyet hanya 'kartun biasa'] "Kalian tikam kami berulang kali" & Salahuddin bimbang Malaysia bahaya seperti Mexico.

Sekianlah artikel [Video Monyet hanya 'kartun biasa'] "Kalian tikam kami berulang kali" & Salahuddin bimbang Malaysia bahaya seperti Mexico. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video Monyet hanya 'kartun biasa'] "Kalian tikam kami berulang kali" & Salahuddin bimbang Malaysia bahaya seperti Mexico. dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/video-monyet-hanya-kartun-biasa-kalian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :