TERBONGKAR ! UJUD PARTI MAIN-MAIN YANG NAK MASUK PAKATAN HARAPAN

TERBONGKAR ! UJUD PARTI MAIN-MAIN YANG NAK MASUK PAKATAN HARAPAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TERBONGKAR ! UJUD PARTI MAIN-MAIN YANG NAK MASUK PAKATAN HARAPAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TERBONGKAR ! UJUD PARTI MAIN-MAIN YANG NAK MASUK PAKATAN HARAPAN
link : TERBONGKAR ! UJUD PARTI MAIN-MAIN YANG NAK MASUK PAKATAN HARAPAN

Baca juga


TERBONGKAR ! UJUD PARTI MAIN-MAIN YANG NAK MASUK PAKATAN HARAPAN

Permohonan Parti Bebas Rasuah diragui
Mohamad Ezam Mohd Nor
Mohamad Ezam Mohd Nor
 
PUTRAJAYA - Siasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) ke atas permohonan Parti Generasi Baru untuk menukar kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) yang dikemukakan oleh Datuk Mohd Ezam Mohd Nor dan Datuk  Seri Khairuddin Abu Hassan mendapati wujud beberapa keraguan.

Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, surat berdaftar yang dihantar ROS ke alamat pejabat Parti Generasi Baru  seperti yang ditulis dalam permohonan untuk menukar nama kepada PBR tidak sampai dan dikembalikan kepada ROS.  

"Pasukan penguatkuasaan ROS kemudiannya membuat pemeriksaan di alamat pejabat Parti Generasi Baru dan mendapati  bilik mesyuarat di pejabat parti berkenaan yang didakwa menjadi lokasi mesyuarat agung luar biasa (EGM) merupakan premis dan bilik pameran menjual jubin tiga tingkat.

"Siasatan dengan pemilik kedai jubin itu pula mendapati kedai berkenaan sudah beroperasi sejak setahun lalu. Permohonan yang dikemukakan turut mendakwa EGM mengadakan mesyuarat di lokasi tersebut pada 8 malam 30 Mac dan permohonan untuk menukar nama kepada PBR dikemukakan kepada ROS pada pagi 31 Mac ," kata Mohammad Razin kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Tambah Mohammad Razin, keraguan lain yang dikesan pada permohonan berkenaan ialah nombor MyKad salah seorang ahli jawatankuasa merujuk kepada individu lain.

Sementara  pemeriksaan dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada MyKad seorang lagi ahli Jawatankuasa yang dikemukakan mendapati individu berkenaan tidak wujud.

Katanya, ROS masih menjalankan siasatan ke atas permohonan parti itu untuk menukar nama  dan keterangan akan diambil dari beberapa lagi saksi.

Selagi permohonan tersebut dalam siasatan Mohd Ezam tidak boleh menggunakan nama PBR, katanya lagi.

Sebelum ini Bernama melaporkan Presiden asal Parti Generasi Baru Datuk G. Kumar Aamaan mendakwa partinya telah disalahgunakan oleh Mohd Ezam  dan Khairuddin   dengan menukar nama parti itu kepada PBR.

Kumar Aaman mendakwa Mohd Ezam dan  Khairuddin yang masing-masing Presiden dan Timbalan Presiden PBR didapati melakukan  tindakan itu tanpa pengetahuan dan persetujuannya serta kira-kira 300 anggota parti itu kerana tiada sebarang notis atau mesyuarat dibuat.

Sehubungan itu, katanya, satu laporan polis dibuat selain mengemukakan aduan kepada ROS dengan memohon siasatan lanjut kerana tindakan berkenaan melanggar perlembagaan parti dan undang-undang agensi berkenaan. - Bernama


Demikianlah Artikel TERBONGKAR ! UJUD PARTI MAIN-MAIN YANG NAK MASUK PAKATAN HARAPAN

Sekianlah artikel TERBONGKAR ! UJUD PARTI MAIN-MAIN YANG NAK MASUK PAKATAN HARAPAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TERBONGKAR ! UJUD PARTI MAIN-MAIN YANG NAK MASUK PAKATAN HARAPAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/terbongkar-ujud-parti-main-main-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :