[TEMRLOH] HANYA HELAH NAK BALIK BERCUTI

[TEMRLOH] HANYA HELAH NAK BALIK BERCUTI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [TEMRLOH] HANYA HELAH NAK BALIK BERCUTI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [TEMRLOH] HANYA HELAH NAK BALIK BERCUTI
link : [TEMRLOH] HANYA HELAH NAK BALIK BERCUTI

Baca juga


[TEMRLOH] HANYA HELAH NAK BALIK BERCUTI


Hanya helah nak balik bercuti


Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh menafikan 30 pelajarnya keracunan makanan seperti dilaporkan oleh sebuah agensi berita, semalam.

Pengetuanya, Zaberi Abdul Hamid berkata, laporan berkenaan tidak benar kerana tiada kes keracunan makanan di sekolah itu, sebaliknya kekeliruan timbul apabila wakil media kebetulan menyaksikan sebuah bas dinaiki pelajar sekolah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Sanggang, di sini.

“Hari ini kami benarkan mana-mana pelajar yang mendakwa tidak berapa sihat untuk mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

“Ia susulan dakwaan seorang pelajar yang mendakwa tidak sihat dan demam. Apabila kita benarkan seorang pelajar ini cuti berehat dan boleh pulang ke rumah, maka semakin ramai pelajar bagi alasan tidak sihat.

“Mereka ini pelajar tingkatan satu dan dua telah mendapatkan rawatan susulan namun selepas pemeriksaan, mereka tiada masalah seperti dilaporkan,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi, di sini semalam.

Zaberi berkata, berdasarkan pengalamannya sebagai guru, pelajar asrama yang mendakwa tidak sihat itu sebenarnya hanya mengambil kesempatan memberikan alasan tidak sihat kerana mahu pulang ke rumah untuk cuti hujung minggu.

“Kalau ada keracunan makanan sudah tentu pelajar lain termasuk guru yang makan di dewan makan akan mengalami simptom keracunan makanan, tetapi hanya pelajar tingkatan satu dan dua terlibat manakala pelajar tingkatan tiga, empat dan lima tak ada mengadu.

“Bagaimanapun, bagi memuaskan hati semua pihak kita minta pejabat kesihatan melakukan pemeriksaan yang mana keputusan awal mendapati tiada keracunan makanan,” katanya.

Beliau berkata, pihak sekolah sentiasa memantau kesihatan pelajar dan membenarkan mana-mana pelajar untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik sekiranya mendakwa tidak sihat.

“Sebelum pelajar ini pergi ke hospital kita telah periksa suhu badan mereka yang kebanyakannya tidak demam,” katanya.




Demikianlah Artikel [TEMRLOH] HANYA HELAH NAK BALIK BERCUTI

Sekianlah artikel [TEMRLOH] HANYA HELAH NAK BALIK BERCUTI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [TEMRLOH] HANYA HELAH NAK BALIK BERCUTI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/temrloh-hanya-helah-nak-balik-bercuti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :