TAN SRI NI BAIK, KALO TAK TAKKAN DAPAT TAN SRI

TAN SRI NI BAIK, KALO TAK TAKKAN DAPAT TAN SRI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TAN SRI NI BAIK, KALO TAK TAKKAN DAPAT TAN SRI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TAN SRI NI BAIK, KALO TAK TAKKAN DAPAT TAN SRI
link : TAN SRI NI BAIK, KALO TAK TAKKAN DAPAT TAN SRI

Baca juga


TAN SRI NI BAIK, KALO TAK TAKKAN DAPAT TAN SRI

Tan Sri ditahan SPRM kerana kemuka tuntutan palsu
SPRM
SPRM
SHAH ALAM - Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berhubung pembekalan geotube bagi kerja-kerja pemulihan sungai.

Difahamkan, tuntutan palsu itu dilakukan di bawah kerja-kerja pemulihan sungai menggunakan kaedah penggalian (Dredging and Excavation) Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS).

Suspek berusia 63 tahun yang merupakan seorang kontraktor itu ditahan di kediamannya di Johor kira-kira pukul 10.30 pagi hari ini.

Turut ditahan dalam operasi yang dilancarkan serentak yang dilancarkan oleh SPRM kira-kira jam 10.30 pagi itu adalah empat pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Antara mereka yang ditahan dari JPS adalah Pengarah Bahagian Projek Khas, Jurutera tempatan, jurutera tapak dan penolong jurutera.

Kesemua mereka disyaki telah bersubahat dengan Tan Sri tersebut yang merupakan pemilik syarikat yang dilantik untuk membekalkan alat geotube untuk projek JPS.

Difahamkan, suspek telah mengemukan invois pembayaran berjumlah hampir RM13 juta bagi pembekalan sebanyak 358 unit geotube sedang pembekalan yang dibuat hanya sebanyak 89 unit yang hanya bernilai kira-kira RM4 juta.

Disebabkan perbuatan mereka yang telah menyalahgunakan kedudukan mereka bagi kepentingan diri sendiri, telah mengakibatkan kerugian hampir RM9 juta kepada kerajaan.

Kesemua suspek yang berusia antara 33 dan 63 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Johor, Melaka dan Seremban.

Kesemua mereka dijangka dihadapkan ke mahkamah majistret Putrajaya esok untuk direman bagi membantu siasatan mengikut seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang mana yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana yang lebih tinggi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut.


Demikianlah Artikel TAN SRI NI BAIK, KALO TAK TAKKAN DAPAT TAN SRI

Sekianlah artikel TAN SRI NI BAIK, KALO TAK TAKKAN DAPAT TAN SRI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TAN SRI NI BAIK, KALO TAK TAKKAN DAPAT TAN SRI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/tan-sri-ni-baik-kalo-tak-takkan-dapat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :