Sukar cari penganti Tan Cheng Hoe

Sukar cari penganti Tan Cheng Hoe - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sukar cari penganti Tan Cheng Hoe, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sukar cari penganti Tan Cheng Hoe
link : Sukar cari penganti Tan Cheng Hoe

Baca juga


Sukar cari penganti Tan Cheng Hoe

Sinar Harian
 Tan Cheng Hoe
Khidmat Cheng Hoe diperlukan skuad kebangsaan bagi memulihkan semula imej pasukan tersebut.
 
BIARPUN ramai jurulatih tempatan berminat menggantikan posisi Ketua Jurulatih Kedah yang bakal ditinggalkan oleh Tan Cheng Hoe, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengakui sukar untuk mencari penggantinya.
Setiausaha Kehormatnya, Datuk Aminuddin Omar mengakui sehingga kini pihaknya belum lagi menyenaraikan calon-calon yang akan mengisi kekosongan tersebut.

Jelasnya,  isu tersebut sedikit-sebanyak mengganggu tumpuan kem kejurulatihan Hijau Kuning yang kini dalam persediaan untuk menghadapi perlawanan kesembilan Liga Super 2017 dengan menentang PKNS di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.

"Jika letak jawatan pun (jika perlu diteruskan) berilah masa kepada KFA sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan, bukan senang nak cari jurulatih yang sesuai dengan pemain dan keadaan pasukan sekarang ini.
Kita memerlukan penelitian yang rapi di dalam mencari pengganti kerana ia bukan satu perkara yang mudah dan setakat ini kita masih belum mempunyai senarai pengganti jurulatih sekiranya Cheng Hoe dilepaskan," katanya.

Menurut Aminuddin, penelitian sebaik mungkin perlu dilakukan oleh pihaknya kerana bolasepak adalah sukan kegemaran yang mendapat perhatian Istana terutamanya peminat nombor satu Hijau Kuning, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'Adzam Shah dan seluruh rakyat di negeri ini.

Sentuhan Cheng Hoe mula jadi perhatian apabila berjaya melonjakkan semula Kedah sebagai sebuah kuasa besar bolasepak tempatan malah kini muncul pendahulu Liga Super 2017 selepas lapan perlawanan dan kini dalam laluan selesa untuk mara ke Separuh Akhir Piala FA 2017 selepas menang 6-1 ke atas PKNP pada Suku Akhir Pertama.

Di bawah kendaliannya, Kedah muncul Juara Liga Perdana 2015, Juara Piala Malaysia 2016 dan terbaru Juara Piala Sultan Ahmad Shah 2017.


Demikianlah Artikel Sukar cari penganti Tan Cheng Hoe

Sekianlah artikel Sukar cari penganti Tan Cheng Hoe kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sukar cari penganti Tan Cheng Hoe dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/sukar-cari-penganti-tan-cheng-hoe.html

Subscribe to receive free email updates: