Judul : SELANGOR NEGERI PERJUDIAN &MASSAGE ?
link : SELANGOR NEGERI PERJUDIAN &MASSAGE ?
SELANGOR NEGERI PERJUDIAN &MASSAGE ?
Premis judi: MPSJ kenal pasti 'orang dalam'
Nor Hisham Ahmad Dahlan
SUBANG JAYA – Tindakan tegas termasuk berdepan hukuman dibuang kerja bakal diambil kepada kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sekiranya didapati bersekongkol dengan pengusaha premis perjudian.
Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata, pihaknya tidak menafikan perkara itu berlaku namun masih mengenal pasti kakitangan yang terlibat.
"Saya tak nafikan memang ada ‘orang dalam’ yang bocorkan maklumat sekiranya operasi atau serbuan hendak dilakukan di premis perjudian.
“Kalau kita dapat kesan siapa mereka, tindakan serta-merta akan diambil termasuk dibuang kerja,” katanya.
Nor Hisham berkata, bukan sahaja bersekongkol dengan pengusaha premis perjudian, kakitangan melakukan kesalahan yang melanggar peraturan ditetapkan kerajaan juga boleh dikenakan tindakan.
Katanya lagi, lima kakitangan MPSJ dibuang kerja tahun lalu kerana melanggar tatatertib sebagai penjawat awam termasuk ponteng kerja dan masalah disiplin.
Tambahnya lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan kakitangan yang terlibat dengan salah laku atau salah guna kuasa.
“Pada tahun 2015 pula, tujuh orang dikenakan tindakan tatatertib, ini menunjukkan kita serius, kita memang tak tunggu agensi lain kenakan tindakan, jika ada bukti kita bertindak dulu.
“Jika ada mana-mana warga kerja yang menyalahguna kedudukan atau kuasa untuk mengeksploitasi kelemahan yang terdapat dalam prosedur untuk keuntungan peribadi, mereka ini tidak terlepas daripada dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.
Terdahulu Nor Hisham berkata, budaya integriti di kalangan kakitangan sudah ditetapkan dalam pekeliling kerajaan.
Beliau berkata, sekiranya pihaknya mengesan ada kakitangan yang mempunyai gaya hidup mewah melebihi pendapatan diperoleh, siasatan akan dijalankan.
Demikianlah Artikel SELANGOR NEGERI PERJUDIAN &MASSAGE ?
Sekianlah artikel SELANGOR NEGERI PERJUDIAN &MASSAGE ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SELANGOR NEGERI PERJUDIAN &MASSAGE ? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/selangor-negeri-perjudian.html