Judul : SABAH SENTIASA BANTU KAWASAN PEMBANGKANG
link : SABAH SENTIASA BANTU KAWASAN PEMBANGKANG
SABAH SENTIASA BANTU KAWASAN PEMBANGKANG
Kota Kinabalu - Kerajaan Sabah sentiasa membantu kawasan pembangkang sama ada dari segi pembangunan mahupun dalam menyalurkan bantuan bencana, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata, tindakan itu berdasarkan hasrat yang sama dikongsi kerajaan dan wakil rakyat dari kalangan pembangkang iaitu untuk membela dan membangunkan rakyat.
"Saya pasti, walaupun saya di pihak kerajaan dan anda di pihak pembangkang, matlamat kita sama sahaja iaitu untuk membangunkan negeri dan rakyat.
"Maka, kita gunakan peluang (matlamat sama) ini untuk menolong rakyat," katanya ketika menjawab soalan Dr Edwin Bossi (DAP-Kapayan) pada persidangan Dun Sabah di sini hari ini.
Musa berkata, kerajaan negeri bukan sahaja terbuka menerima pandangan daripada pembangkang, malah kerajaan negeri turut menjemput pembangkang untuk mengutarakan cadangan demi kebaikan bersama, khususnya untuk Sabah.
Jelasnya, langkah itu membolehkan kerajaan memberi perhatian menyeluruh kepada permasalahan rakyat di seluruh pelosok negeri.
Terdahulu, Musa berkata Sabah menerima peruntukan banyak daripada kerajaan, khususnya untuk pembangunan kawasan luar bandar.
Beliau yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata beliau percaya peruntukan itu juga sebahagiannya daripada hasil cukai barang dan perkhidmatan (GST).
"Jadi, ini semua kita kena terima bahawa macam mana banyak GST dipungut oleh kerajaan pusat, banyak peruntukan disalurkan kepada kerajaan negeri, selain pemberian peruntukan khas, geran dan pembiayaan terus," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Lajim Ukin (Harapan-Klias).
Demikianlah Artikel SABAH SENTIASA BANTU KAWASAN PEMBANGKANG
Sekianlah artikel SABAH SENTIASA BANTU KAWASAN PEMBANGKANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SABAH SENTIASA BANTU KAWASAN PEMBANGKANG dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/sabah-sentiasa-bantu-kawasan-pembangkang.html