Rasuah: Amanah saran SPRM siasat MB Johor

Rasuah: Amanah saran SPRM siasat MB Johor - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rasuah: Amanah saran SPRM siasat MB Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rasuah: Amanah saran SPRM siasat MB Johor
link : Rasuah: Amanah saran SPRM siasat MB Johor

Baca juga


Rasuah: Amanah saran SPRM siasat MB Johor

Sinar Harian
Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
KUALA LUMPUR - Amanah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi penjelasan sama ada kertas siasatan turut dibuka terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Exco-exco Kerajaan Johor.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, ini susulan rasuah hartanah bernilai RM30.3 juta dan 33 pertuduhan melibatkan Exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi.

“Dengan kapasiti Abd Latif sebagai exco, kuasa untuk luluskan status tanah dan penjualan rumah kos rendah perlu mendapat kebenaran mesyuarat kerajaan negeri. Mana mungkin kelulusan itu diperoleh melalui hanya dengan kuasa Abd Latif.

“Oleh itu, amatlah pelik jika siasatan terhenti terhadap Abd Latif seorang. Saya ingin bertanya, adakah telah ada kertas siasatan terhadap Menteri Besar Johor dan ahli Exco lain?,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Amanah, di sini, hari ini.

Semalam, Abd Latif dan seorang perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub, 44 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Mengikut kertas pertuduhan, Abd Latif didakwa bersubahat dengan Amir Shariffuddin untuk menerima suapan sebagai mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah lot  Bumiputera kepada pembeli awam, serta pengurangan bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor bagi Projek Eco Botanic, Pulai.

Dalam pada itu, Salahuddin turut mencadangkan agar kerajaan Johor melakukan satu audit pengurusan.
“Paling mustahak adalah pejabat Menteri Besar mesti diaudit. Kerajaan negeri mungkin boleh mendapatkan khidmat firma audit yang diakui kewibawaannya.

“Selain itu, mereka juga boleh minta nasihat kepada Institut Akauntan Malaysia (MIA), Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan dan Worldwide Consumer’s Association Johor untuk mengenal pasti tentang prosedur yang perlu diperbetulkan dalam urusan tanah di Johor,” katanya.

Katanya, audit pengurusan itu juga perlu melibatkan semua pihak dengan objektif untuk mewujudkan polisi perumahan yang adil.
“Kita mahu semua pengurusan yang melibatkan urus tadbir di Johor diaudit pengurusannya, bukan setakat audit kewangan kerana saya percaya sesuatu yang tidak kena telah berlaku,” dakwanya.


Demikianlah Artikel Rasuah: Amanah saran SPRM siasat MB Johor

Sekianlah artikel Rasuah: Amanah saran SPRM siasat MB Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rasuah: Amanah saran SPRM siasat MB Johor dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/rasuah-amanah-saran-sprm-siasat-mb-johor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :