Rahman Dahlan syor wujudkan semula sekolah aliran Inggeris di Sabah

Rahman Dahlan syor wujudkan semula sekolah aliran Inggeris di Sabah - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rahman Dahlan syor wujudkan semula sekolah aliran Inggeris di Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rahman Dahlan syor wujudkan semula sekolah aliran Inggeris di Sabah
link : Rahman Dahlan syor wujudkan semula sekolah aliran Inggeris di Sabah

Baca juga


Rahman Dahlan syor wujudkan semula sekolah aliran Inggeris di Sabah

 | April 22, 2017
Kata Rahman, beliau sedar cadangan ini akan mendapat tentangan daripada beberapa pihak terutama pejuang-pejuang bahasa di Semenanjung.
rahman-dahlan-sabahKOTA BELUD: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mencadangkan supaya sekolah kerajaan aliran Inggeris diwujudkan semula di Sabah bagi mempertingkat penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata, penubuhan semula sekolah kerajaan aliran Inggeris mampu menjadi langkah proaktif dalam melahirkan lebih ramai modal insan Sabah yang menguasai bahasa sejagat itu.

“Penguasaan bahasa Inggeris adalah 1 daripada cara untuk (modal insan) lebih produktif dan berdaya saing.
“Dengan menguasainya, Sabah akan mampu ‘berlari’ lebih cepat dalam mengejar seterusnya mengurangkan jurang pembangunan antara negeri-negeri di Semenanjung.

“Atas sebab itu, saya mencadangkan supaya Sabah dibenarkan mewujudkan semula sekolah kerajaan aliran bahasa Inggeris agar kita boleh memberi kelebihan kepada anak Sabah menguasai bahasa itu dan bersaing dalam pasaran kerja serta melonjakkan keupayaan negeri ini,” katanya.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata demikian kepada Bernama selepas melancarkan Program Imersif Tinggi (HIP) di Sekolah Kebangsaan Tempasuk 1 di sini, hari ini.

Sebagai permulaan, katanya, Abdul Rahman mencadangkan Kementerian Pendidikan melaksanakan projek perintis di beberapa sekolah rendah dan sekolah menengah terpilih di kawasan bandar termasuk Maktab Sabah yang dilihat berpotensi dan bersedia menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ini bagi membolehkan kementerian berkenaan melihat keberkesanan dan penerimaan rakyat Sabah terhadap projek itu sebelum pelaksanaannya diperluas ke kawasan separa bandar dan luar bandar.
“Saya cukup yakin sekolah-sekolah terpilih itu nanti akan mampu bersaing dan menunjukkan prestasi baik, sekali gus melahirkan pelajar yang berfikiran progresif serta berdaya saing,” katanya.

Menurutnya sekolah kerajaan aliran Inggeris pernah dilaksanakan di Sabah sebelum ini namun, ditamatkan selepas kerajaan negeri ketika itu mengikuti dasar pendidikan nasional.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan perlu melihat semula perkara itu dengan mempertimbang cadangannya demi kepentingan rakyat Sabah yang menyedari penguasaan bahasa Inggeris perlu diperkasa untuk lebih maju dalam pelbagai bidang dan seiring dengan perkembangan pesat negara.

“Kita di Sabah bersedia dan percaya bahawa dalam jangka masa panjang, ramai yang akan masuk ke sekolah (aliran Inggeris) ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, cadangannya itu tidak bermaksud membelakangkan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

“Kita akan terus memperjuangkan kepentingan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar kita, tetapi kita tidak boleh menidakkan fakta bahawa penguasaan bahasa Inggeris (dalam kalangan modal insan Sabah) adalah amat penting agar Sabah lebih maju dan dapat bersaing dengan negeri-negeri lain.

“Saya tahu (cadangan) ini akan mendapat tentangan daripada beberapa pihak terutama pejuang-pejuang bahasa di Semenanjung, tetapi saya ingin menyatakan di sini bahawa cadangan ini hanya tertakluk kepada negeri Sabah. Jika negeri lain mahu atau tidak itu adalah pilihan mereka,” katanya.


Demikianlah Artikel Rahman Dahlan syor wujudkan semula sekolah aliran Inggeris di Sabah

Sekianlah artikel Rahman Dahlan syor wujudkan semula sekolah aliran Inggeris di Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rahman Dahlan syor wujudkan semula sekolah aliran Inggeris di Sabah dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/rahman-dahlan-syor-wujudkan-semula.html

Subscribe to receive free email updates: