Judul : Pesakit ini dibenar bawa telefon ketika dibedah
link : Pesakit ini dibenar bawa telefon ketika dibedah
Pesakit ini dibenar bawa telefon ketika dibedah
Sinar Harian
Zhu mengambil gambar dan melayari internet ketika dibedah. - Foto Qq.com
BEIJING - CHINA. Seorang pesakit warga emas di timur China dibenarkan menggunakan telefon bimbit ketika menjalani pembedahan.
Pesakit, Zhu dibenarkan membawa telefon bimbit ke dalam bilik pembedahan kerana doktor mahu dia berasa lebih tenang ketika menjalani pembedahan di hospital di Hangzhou, wilayah Zhejiang, lapor City Express.
Zhu melayari internet dan turut dilihat mengambil gambar doktor dan jururawat ketika menjalani pembedahan kaki yang mengambil masa 18 minit.
"Saya rasa tenang dan tidak berasa gementar," katanya.
Zhu berumur 69 tahun mengalami "vena varikos" di kaki lebih daripada satu dekad.
Sebelum bersara, dia adalah seorang pekerja mahir yang memerlukannya berdiri di tempat kerja.
Doktor memberitahu akhbar itu, pesakit biasanya tidak dibenarkan untuk membawa peranti mudah alih mereka ke dalam bilik pembedahan, tetapi Zhu berasa sangat cemas sebelum pembedahan dan menyebabkan mereka melonggarkan peraturan agar dia berasa selesa.
Pembedahan hanya memerlukan bius di satu tempat sahaja dan Zhu akan sedar sepanjang pembedahan.
Kata doktor, telefon Zhu telah disterilkan sebelum masuk ke dewan pembedahan.
Zhu berkata, dia berjalan keluar dari bilik itu sendiri selepas pembedahan dan dibenarkan keluar dari hospital pada hari yang sama.
Demikianlah Artikel Pesakit ini dibenar bawa telefon ketika dibedah
Sekianlah artikel Pesakit ini dibenar bawa telefon ketika dibedah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pesakit ini dibenar bawa telefon ketika dibedah dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/pesakit-ini-dibenar-bawa-telefon-ketika.html