PEMBELI PR1MA BOLEH MOHON SPEF

PEMBELI PR1MA BOLEH MOHON SPEF - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEMBELI PR1MA BOLEH MOHON SPEF, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEMBELI PR1MA BOLEH MOHON SPEF
link : PEMBELI PR1MA BOLEH MOHON SPEF

Baca juga


PEMBELI PR1MA BOLEH MOHON SPEF

PR1MA



KUALA LUMPUR - Pembeli kediaman Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kini boleh memohon skim pembayaran akhir istimewa, Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF), yang dilancarkan pada Februari lepas.

Pembeli yang berminat menyertai skim itu boleh membuat permohonan melalui rakan perbankan PR1MA iaitu Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

"Ada dua pilihan SPEF sama ada melalui pembiayaan berperingkat atau pembiayaan berperingkat dengan pengeluaran Akaun 2 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Peminjam hanya perlu membayar faedah untuk 5 tahun pertama manakala pembayaran pokok akan bermula pada tahun keenam dan seterusnya sehingga pinjaman itu selesai bagi kedua-dua pilihan berkenaan," menurut kenyataan PR1MA di sini, hari ini.

Skim itu merupakan usaha sama antara Bank Negara Malaysia, KWSP dan beberapa institusi kewangan khusus untuk pembeli kediaman PR1MA bagi membolehkan pembeli rumah kali pertama mendapat akses kepada jumlah pinjaman lebih besar berbanding pinjaman konvensional.

Menurut kenyataan itu, sekiranya pembeli mahu mendapatkan jumlah pinjaman lebih besar, mereka boleh memilih Akaun 2 KWSP sebagai pilihan kedua.

Skim itu tertakluk kepada terma dan syarat berdasarkan kelayakan berdasarkan profil risiko dan penilaian kredit peminjam oleh bank berkenaan.

Sehingga April ini, sebanyak 136,569 unit perumahan PR1MA sedang dibina daripada sejumlah 265,033 unit perumahan itu di seluruh negara yang diluluskan Ahli Perbadanan PR1MA.

Setakat ini, sejumlah 1.41 juta rakyat negara ini telah mendaftar dengan PR1MA dan 166,972 daripadanya telah memohon perumahan PR1MA.






Demikianlah Artikel PEMBELI PR1MA BOLEH MOHON SPEF

Sekianlah artikel PEMBELI PR1MA BOLEH MOHON SPEF kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PEMBELI PR1MA BOLEH MOHON SPEF dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/pembeli-pr1ma-boleh-mohon-spef.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :