Judul : Noh Omar Arah Batal Projek Di Kawasan BN Kalah
link : Noh Omar Arah Batal Projek Di Kawasan BN Kalah
Noh Omar Arah Batal Projek Di Kawasan BN Kalah
K’jaan batal khidmat PBT bagi kawasan parlimen bukan BNPublished on: 19-04-17 6:36 PM
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membatalkan semua kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen di mana BN tewas.
Ini adalah mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah jabatan Kerajaan Tempatan, Abu Bakar Johar, yang bertarikh 7 Mac.
Arahan itu meliputi semua projek BP 1 yang menurut laman web KPKT, merujuk kepada projek-projek infrastruktur berskala kecil di peringkat majlis tempatan.
Abu Bakar Johar berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat 9 Mac lalu untuk "penyelarasan peruntukan projek BP 1 2017" yang dihadiri oleh Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar bersama Datuk Bandar dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan Malaysia.
Dalam surat itu, beliau berkata kerajaan tempatan diarahkan untuk "membatalkan projek-projek BP 1 tahun 2017 yang telah diluluskan kepada PBT di kawasan-kawasan parlimen bukan BN”
Jelas surat itu, waran peruntukan yang telah dikeluarkan bagi pelaksanaan projek-projek berkenaan adalah ditarik balik.
Kerajaan tempatan juga diarahkan untuk menyenaraikan semua projek BP 1 yang diluluskan, untuk diserahkan kepada ahli parlimen BN semasa perjumpaan Noh dengan ahli parlimen BN.
Exco Pulau Pinang yang bertanggungjawab bagi kerajaan tempatan Chow Kon Yeow mengesahkan menerima surat itu.
Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata beliau akan mengeluarkan surat tuntutan kepada Noh untuk menarik balik surat tersebut dalam masa tujuh hari atau beliau akan memfailkan tindakan undang-undang untuk membatalkan perintah itu.
Beliau menjangkakan lebih 20 juta orang akan terjejas kerana projek BP 1 melibatkan kemudahan asas, di 89 kerusi parlimen.
Malaysiakini telah menghubungi Noh dan Abu Bakar untuk mendapatkan ulasan mereka
Demikianlah Artikel Noh Omar Arah Batal Projek Di Kawasan BN Kalah
Sekianlah artikel Noh Omar Arah Batal Projek Di Kawasan BN Kalah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Noh Omar Arah Batal Projek Di Kawasan BN Kalah dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/noh-omar-arah-batal-projek-di-kawasan.html