Judul : [MARAN] LUANGKAN 10 MINIT UNTUK MEMBACA
link : [MARAN] LUANGKAN 10 MINIT UNTUK MEMBACA
[MARAN] LUANGKAN 10 MINIT UNTUK MEMBACA
Sempena program “Lets Read Together For 10 Minutes” yang diadakan serentak di seluruh negara, Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Jempol turut menjayakan sambutannya di Dataran Ilmu sekolah tersebut, baru-baru ini.
Guru Besarnya, Yasin Maarof berkata, program ini bertujuan untuk meningkatkan budaya membaca di kalangan masyarakat khususnya warga sekolah diadakan sempena Hari Buku Sedunia.
Menurutnya, ia merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan SeMalaysia (MPAM), Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan bermula jam 11.00 hingga 11.10 pagi di seluruh Negara.
"Sambutan berlangsung dengan sambutan yang amat menggalakkan. Program ini ialah komitmen kami untuk membentuk budaya membaca di kalangan murid-murid sekolah tanpa melibatkan sebarang beban kewangan.
"Ia merupakan konsep yang cukup baik kerana boleh dilakukan di mana-mana dengan membawa apa sahaja bentuk bahan bacaan yang digemari," katanya.
Yasin berkata, program turut ditambah dengan resensi buku secara terbuka dalam kalangan murid dan guru.
Resensi buku dalam kalangan murid disampaikan oleh murid Zarul Zikri Azizan, 12, dengan cemerlang manakala bagi pihak guru, Khuzaifah Husin.
Beliau berharap program ini mampu membentuk sahsiah, pemikiran dan karekter yang baik.
"Mana tahu suatu hari nanti SK LKTP Ulu Jempol bakal melahirkan bakal-bakal penulis kreatif yang mampu mengharumkan nama sekolah dan Felda Ulu Jempol," katanya.
Demikianlah Artikel [MARAN] LUANGKAN 10 MINIT UNTUK MEMBACA
Sekianlah artikel [MARAN] LUANGKAN 10 MINIT UNTUK MEMBACA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [MARAN] LUANGKAN 10 MINIT UNTUK MEMBACA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/maran-luangkan-10-minit-untuk-membaca.html