Judul : Lelaki maut keracunan lepas makan kodok
link : Lelaki maut keracunan lepas makan kodok
Lelaki maut keracunan lepas makan kodok
Sinar Harian
SEOUL - KOREA SELATAN. Seorang lelaki Korea Selatan maut akibat keracunan selepas makan kodok kerana menyangka ia adalah daripada spesies katak yang boleh dimakan.
Polis berkata, mangsa adalah antara sekumpulan lelaki yang menangkap haiwan amfibia itu di kolam takungan berhampiran bandar Daejon pada Mac lalu.
Menyangka ia adalah spesies katak yang boleh dimakan, mereka memasak dan memakannya di sebuah restoran sehari kemudian.
Lelaki berusia 57 tahun mengalami muntah-muntah tidak lama selepas itu dikejarkan ke hospital untuk rawatan dan dilaporkan meninggal dunia pada keesokan harinya
Polis berkata, bufotenin, bahan kimia yang biasa ditemui pada kodok dijumpai di dalam sisa makanan sekumpulan lelaki berkenaan.
Mangsa lain yang turut makan hidangan itu turut menunjukkan tanda keracunan namun terselamat.
BBC Korea Selatan melaporkan, katak adalah makanan istimewa di beberapa bahagian luar bandar Korea Selatan.
Beberapa spesies katak kodok merembeskan racun melalui kulit mereka jika gelisah atau apabila berasa terancam dan berada dalam bahaya.
Bufotenin boleh membawa maut apabila dimakan dalam jumlah yang banyak.
Demikianlah Artikel Lelaki maut keracunan lepas makan kodok
Sekianlah artikel Lelaki maut keracunan lepas makan kodok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki maut keracunan lepas makan kodok dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/lelaki-maut-keracunan-lepas-makan-kodok.html