[KUANTAN] WARGA EMAS TERIMA KUNJUNGAN JKM

[KUANTAN] WARGA EMAS TERIMA KUNJUNGAN JKM - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] WARGA EMAS TERIMA KUNJUNGAN JKM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] WARGA EMAS TERIMA KUNJUNGAN JKM
link : [KUANTAN] WARGA EMAS TERIMA KUNJUNGAN JKM

Baca juga


[KUANTAN] WARGA EMAS TERIMA KUNJUNGAN JKM


Tinggal berhimpit dalam pondok


Seorang warga emas bersama dua anak, menantu serta tiga cucu terpaksa berteduh dalam sebuah pondok di atas tanah rezab sungai, berdekatan kilang papan Batu 8 Jalan Gambang sejak hampir dua bulan lalu.

Fatimah Mahmud, 63, berkata, dia terpaksa mencari penempatan sementara buat keluarganya disebabkan kesempitan wang sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, dia dan keluarga terpaksa berpindah terus terus tinggal di situ kerana tidak mampu membayar sewa rumah.

“Saya duduk rumah ni, baru sebulan lebih bersama dua anak lelaki, dua menantu perempuan dan tiga orang cucu berumur dua bulan hingga 10 tahun.

“Sebelum ini, kami menyewa dekat Bukit Rangin. Walaupun rumah kampung tapi disebabkan tak mampu bayar sewa selepas suami meninggal dunia Disember lepas, kami pindah ke sini.

“Dulu boleh juga bersama suami cari kotak untuk dijual, sekarang semput dan lemah lutut jadi duduk di rumah saja jaga cucu,” katanya.

Fatimah ditemui selepas menerima kunjungan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan guru sekolah SK Bukit Rangin dalam usaha memberikan bantuan terhadap keluarga berkenaan.

Dalam pada itu, dua anak lelaki yang tinggal bersamanya baru mendapat pekerjaan di kawasan pelabuhan sebagai pengawal keselamatan, manakala seorang daripada menantu mengalami sakit yang sukar bergerak.

Fatimah juga dikatakan mempunyai tiga lagi anak tinggal secara berasingan.

Tambah menyedihkan, cucu yang berusia dua bulan yang dijaganya itu masih belum didaftarkan sijil kelahiran atas alasan kad pengenalan bapanya telah hilang.

Menurutnya, keadaan rumah jauh ke dalam hutan yang terpaksa merentasi laluan tempat penyimpanan balak menyukarkan keadaan mereka untuk keluar sama ada mendapatkan bekalan makanan, bekerja dan bersekolah.

“Dari dulu memang berharap dapat tinggal di rumah lebih baik. Sekarang pondok ni hanya muat-muat saja untuk kami. Dalam keadaan terdesak kami terima saja dulu pondok yang diberikan bekas menantu untuk diduduki.

“Tempat ni jauh dari kawasan perumahan orang lain dan langsung tak ada bekalan api dan air, cuma berharap pada sungai dan generator.

“Kalau boleh nak mohon Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebab nak juga tengok cucu-cucu dapat keperluan macam orang lain dan yang penting boleh pergi sekolah," katanya.

Tambahnya, semenjak tinggal di kawasan berkenaan, cucunya, Syukri Alias Jasni, 10, tidak hadir ke sekolah disebabkan tidak mampu.

Sementara itu, Guru Kaunseling SK Bukit Rangin, Fazrin Fauzi berkata, pelajar yang dijaga oleh neneknya itu tidak hadir ke sekolah sejak berpindah kira-kira hampir dua bulan.

“Pihak sekolah dapati, cucu yang dijaga makcik ini tidak hadir ke sekolah dalam jangka masa yang lama iaitu selama lebih kurang 45 hari.

“Kami guru-guru cuba hubungi keluarga dan setelah disiasat kami dapati keadaan keluarganya serba kekurangan dan jarak rumah sekarang terlalu jauh dari sekolah,” katanya.

Menurutnya, pelajar tahun empat berkenaan tidak mempunyai masalah pembelajaran dan disiplin tetapi hanya keadaan kesempitan hidup yang menyebabkan dia tidak hadir ke sekolah.

Terdahulu, pihak sekolah telah memaklumkan kesusahan yang ditanggung keluarga itu kepada JKM untuk mendapatkan bantuan.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] WARGA EMAS TERIMA KUNJUNGAN JKM

Sekianlah artikel [KUANTAN] WARGA EMAS TERIMA KUNJUNGAN JKM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] WARGA EMAS TERIMA KUNJUNGAN JKM dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/kuantan-warga-emas-terima-kunjungan-jkm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :