[KUANTAN] KERAJAAN NEGERI KAJI UNDANG-UNDANG RUMAH SEMBELIH

[KUANTAN] KERAJAAN NEGERI KAJI UNDANG-UNDANG RUMAH SEMBELIH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] KERAJAAN NEGERI KAJI UNDANG-UNDANG RUMAH SEMBELIH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] KERAJAAN NEGERI KAJI UNDANG-UNDANG RUMAH SEMBELIH
link : [KUANTAN] KERAJAAN NEGERI KAJI UNDANG-UNDANG RUMAH SEMBELIH

Baca juga


[KUANTAN] KERAJAAN NEGERI KAJI UNDANG-UNDANG RUMAH SEMBELIH

Shafik Fauzan Sharif



Kerajaan negeri sedang meneliti dan membuat kajian mendalam terhadap undang-undang Rumah Sembelihan Unggas di negeri ini bagi menjamin produk disembelih, halal dan bersih.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, kerajaan negeri giat meneliti undang-undang sedia ada untuk mewujudkan satu undang-undang baharu dengan mengambil kira semua aspek yang perlu di sesebuah rumah sembelihan.

Menurutnya, buat masa ini, hanya Rumah Sembelihan Ruminan yang mempunyai undang-undang lengkap daripada segi operasi dan pengurusan halal secara menyeluruh.

“Kita mahu rumah sembelihan unggas mematuhi konsep halalan toyyiban seperti ayam yang disembelih tidak diletakkan di atas lantai dan sebagainya.

“Justeru, kita sedang berusaha ke arah itu dan jika ia dilaksanakan nanti, Pahang akan jadi negeri pertama mempunyai undang-undang tersebut bagi Rumah Sembelihan Unggas,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata, selepas undang-undang itu dikuatkuasakan, rumah sembelihan yang ada perlu mematuhi semua aspek sebelum diberikan lesen.

Katanya, walaupun premis sembelihan unggas di negeri ini masih belum dilesenkan namun pemantauan berkala oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang tetap dijalankan.

“Terdapat kira-kira 180 premis yang menjalankan aktiviti penyembelihan unggas seperti ayam, itik dan burung di seluruh negeri.

“Saya harap kita akan mewujudkan satu undang-undang bersepadu untuk semua rumah sembelihan unggas agar ia halal dan baik seterusnya menjamin produk yang terbaik kepada pengguna,” katanya.






Demikianlah Artikel [KUANTAN] KERAJAAN NEGERI KAJI UNDANG-UNDANG RUMAH SEMBELIH

Sekianlah artikel [KUANTAN] KERAJAAN NEGERI KAJI UNDANG-UNDANG RUMAH SEMBELIH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] KERAJAAN NEGERI KAJI UNDANG-UNDANG RUMAH SEMBELIH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/kuantan-kerajaan-negeri-kaji-undang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :